Osman sedia guna pengalaman bantu MB Johor


Sebab 'pengalaman' kau tu lah kau kena letak jawatan MB. Tak payahlah. lagi jahanam jadinya.

Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian bersedia menggunakan pengalamannya selama 42 tahun dalam bidang politik bagi membantu penggantinya, Dr Sahruddin Jamal melaksanakan tugas mentadbir kerajaan negeri itu.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Johor itu berkata, beliau sudi memberikan sebarang nasihat sekiranya Dr Shahruddin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, memerlukannya.

“Kalau beliau (Dr Sahruddin) mohon bantuan, saya akan bantu. Saya masih seorang ADUN (Kempas)...ADUN senior, bekas Menteri Besar dan ada pengalaman. Saya terbuka memberi nasihat sekiranya beliau mahukannya,” katanya kepada pemberita di Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di sini hari ini.


Osman, yang juga Pengerusi Bersatu Johor berkata, beliau berkeyakinan Dr Sahruddin berwibawa menggalas tugas sebagai Menteri Besar dan apa yang penting kerajaan negeri di bawah pimpinan PH akan terus kekal menerajui negeri ini selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

“Kalau tidak nampak (kewibawaan), takkan dia (Dr Sahruddin) dilantik calon bertanding pilihan raya umum lepas. Saya generasi yang akan meninggalkan bukan sahaja jawatan, tetapi meninggal dunia, jadi mestilah cari pelapis, “ katanya.


Sementara itu, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, pihaknya memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada Dr Sahruddin bagi memastikan kemajuan dan kesejahteraan rakyat negeri ini.

Berhubung rombakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor (Exco), Liew berkata ia terpulang kepada rancangan Menteri Besar.


Beliau turut merngucapkan terima kasih kepada Osman atas sumbangan dan sokongan bekas menteri besar itu.

Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah pula berkata, parti itu turut akan memberikan kerjasama penuh kepada Dr Sahruddin dalam memajukan ekonomi dan membela rakyat negeri itu.


“Selaku anggota exco selama 11 bulan, saya nampak dia (Dr Sahruddin) seorang yang kompeten dalam tugasan beliau dan saya cukup yakin dengan kebolehan beliau menerajui kerajaan Johor,” katanya.

Dr Sahruddin, 43, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertaninan negeri, dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-17 bermula hari ini. - BERNAMA

Osman sedia guna pengalaman bantu MB Johor Osman sedia guna pengalaman bantu MB Johor Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 15, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...