Osman Sapian letak jawatan semalam – PM



KUALA LUMPUR 9 April - Datuk Osman Sapian telah meletak jawatan sebagai Menteri Besar Johor, berkuat kuasa semalam.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu telah menyerahkan surat peletakkan jawatan itu kepadanya semalam.


“Beliau telah meletak jawatan semalam dengan menyerahkan surat kepada saya dan Sultan Johor, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Mengenai siapa penggantinya, kita belum tentukan tetapi mengikut perjanjian Pakatan Harapan (PH) Menteri Besar Johor hendaklah terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.


Jelas Dr. Mahathir, Osman walau bagaimanapun tidak menjelaskan sebab beliau berbuat demikian namun pihaknya menerima keputusan tersebut.

“Kita tidak ingin menyatakan kenapa beliau meletak jawatan tapi Osman telah letak jawatan. Tiada alasan diberikan, beliau ingin letak jawatan, kami terima,” katanya.


Kata beliau, buat masa ini terdapat beberapa calon dalam senarai sebagai pengganti Osman.

“Kita ada tiga empat (calon),” katanya. - UO

Osman Sapian letak jawatan semalam – PM Osman Sapian letak jawatan semalam – PM Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 09, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...