GEMPAR: Osman Sapian letak jawatan Menteri Besar Johor



Agak menggemparkan berita yang tular di media sosial bahawa Dato' Osman Sapian akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor dalam masa terdekat.

Perletakan jawatan yang dilakukan secara sukarela itu berikutan pergolakan dalaman dan tekanan yang diterima oleh Osman dari pimpinan kerajaan.


Di dalam berita yang tular itu mendakwa bahawa Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Jimmy Puah Wee Tse sedang giat melobi Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan & Kebudayaan Negeri Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar (PKR) untuk menggantikan Osman sebagai Menteri Besar.

Jimmy Puah dikatakan hingga ke London untuk berjumpa Sultan Johor dalam cubaan melobi rakan separtinya itu. Perkara ini disahkan dengan pass perjalanan Jimmy Puah yang dilihat sangat aktif sejak akhir-akhir ini.


Bagaimanapun Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) telah melatakkan penggantinya iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri Johor, Dr Sahruddin Jamal.

Menurut mesej yang tular itu lagi, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim (TMJ) pula mahukan Mohd Khuzzan menggantikan Osman yang gagal menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.


Jika perkara ini benar-benar sahih, bermaksud akan berlaku pertukaran kuasa daripada PPBM kepada PKR di Johor yang mana akan memberi mesej kepada negara bahawa PKR di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah disabitkan atas kesalahan meliwat sudah bersedia untuk mengambil alih pentadbiran negara dari Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lama selepas itu.

Seperti yang diketahui umum perkara ini tidaklah mustahil memandangkan Presiden PKR, Anwar dan Presiden PPBM Mahathir telah lama berseteru.


Walaupun secara zahir mereka menunjukkan tidak mempunyai masalah namun Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab menyebabkan kesusahan kepada perjalanan politik Anwar sehingga beberapa kali dipenjarakan.

Tragedi mata lebam Anwar merupakan salah satu dari banyak kekejaman yang berlaku ke atasnya yang tidak mungkin dilupakan.


Sehingga kini Mahathir dan Anwar masing-masing masih tidak menarik balik tuduhan yang mereka lemparkan sesama mereka samada tuduhan isu kerugian forex, pembelian kilang arak San Miguel, projek-projek yang diberi kepada keluarga dan kroni-kroni, tuduhan meliwat, tuduhan melancapkan lelaki, tuduhan menjadi agen dan proksi kepada Yahudi dan Amerika dan pelbagai tuduhan lain yang rakyat sudah sedia maklum.

Namun begitu tidak diketahui kesahihan mesej berita yang tular itu. Adakah pengambil alihan kuasa bakal berlaku di Johor? Sama-sama kita nantikan. - AbuLeman



Berikut adalah mesej yang tular di media sosial:

Berita gempar!!!! MB Johor bakal letak jawatan!!!

Setelah mendengar desas desus mengatakan ada pergolakan & tekanan di Johor. Berdasarkan data keluar masuk pass perjalanan YB Jimmy Puah (PKR), difahamkan YB Jimmy sampai ke London jumpa Sultan utk melobi YB Mohd Khuzzan Abu Bakar iaitu exco belia & sukan Johor utk gantikan Osman Sapian (PPBM) yg bakal letak jawatan sbg MB Johor. 



Dengar cerita TMJ mahukan YB Mohd Khuzzan (PKR) & dlm masa sama PPBM meletakkan Dr. Sahruddin Jamal sbg oenganti kerana Osman Sapian letak jawatan secara rela. Tak sabar tunggu minggu depan keputusan berita panas ini. Adakah PKR akan merampas kerusi negeri PPBM? Adakah lepas ni bakal berlaku krisis diantara PKR & PPBM. Sama2 saksikan.




GEMPAR: Osman Sapian letak jawatan Menteri Besar Johor GEMPAR: Osman Sapian letak jawatan Menteri Besar Johor Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 08, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...