‘Osman menghadap Duli Yang Maha Mulia Mahathir Mohamad’


Macam teringin menjadi Raja je Mahathir ni.. Ada cita-cita ke? Tapi layak ke?

KUALA LUMPUR 9 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad sempat berjenaka dengan pengamal media ketika diminta menerangkan sekali lagi proses peletakkan jawatan Datuk Osman Sapian sebagai Menteri Besar Johor.



Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, Osman telah menyerahkan dua pucuk surat peletakkan jawatan tersebut kepadanya.


“Menteri Besar Johor telah letak jawatan semalam dengan surat kepada saya dan saya akan hantar surat kepada Sultan Johor memandangkan baginda berada di luar negara ketika ini.



“Osman menghadap Duli Yang Maha Mulia Mahathir Mohamad bersama satu surat letak jawatan kepada saya, satu lagi kepada Sultan Johor tetapi saya berhak untuk membacanya,” katanya yang kemudian disambut ketawa oleh para media. 

Terdahulu, wartawan Astro Awani, Muhammad Harits Asyraf Hasnan meminta supaya Dr. Mahathir mengesahkan kembali proses peletakkan jawatan Menteri Besar Johor. - UO


ARTIKEL BERKAITAN : Osman Sapian letak jawatan semalam – PM

Ingatkan gurau. Memang teringin nak jadi raja rupanya..

‘Osman menghadap Duli Yang Maha Mulia Mahathir Mohamad’ ‘Osman menghadap Duli Yang Maha Mulia Mahathir Mohamad’ Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 09, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...