Nurul Izzah sertai semula PAC



KUALA LUMPUR 4 April - Setelah mengambil kira agenda reformasi akan diteruskan menerusi kepemimpinan baharu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar akhirnya bersetuju untuk menganggotai semula jawatankuasa berkenaan.

Katanya, keputusan itu diambil setelah berbincang dengan Ketua Whip kerajaan, Datuk Johari Abdul dan mendapat kelulusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof.


“Alhamdulillah. Struktur jawatankuasa PAC yang membolehkan semak imbang berlangsung, adalah amat penting buat kepentingan negara. Saya bersetuju menganggotai PAC semula setelah berbincang dengan Ketua Whip dan mendapat kelulusan Speaker (Yang Dipertua Dewan Rakyat),” katanya kepada Utusan Malaysia menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Nurul Izzah dilaporkan meletakkan jawatan sebagai ahli PAC pada 22 Mac lalu dan dikatakan membuat keputusan berkenaan disebabkan tidak berpuas hati dengan pemilihan kepemimpinan PAC.


Hal ini berlaku selepas Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Parit Sulong daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Noraini Ahmad sah menggantikan Ronald sebagai Pengerusi PAC.


Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Nurul Izzah, beliau berharap agenda reformasi sentiasa menjadi keutamaan dalam kerajaan untuk memberikan khidmat demi rakyat dan negara. - UO

Nurul Izzah sertai semula PAC Nurul Izzah sertai semula PAC Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 04, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...