Nga mahu Malaysia buka kedutaan di Israel


Dah kena hentam teruk baru tarik balik. Kalau tak kena hentam silap-silap PH buka kedutaan kat Israel sana. Jahanam.

PETALING JAYA: Senator DAP yang menggesa Putraja menjalin hubungan diplomatik dengan Israel memohon maaf dan menarik balik seruan itu.


Nga Hock Cheh menjelaskan dia juga mencadangkan kerajaan membuka kedutaan di Palestin. Menurutnya, cadangan itu dibuat agar Putrajaya boleh “bantu mendapatkan keamanan berkekalan di Timur Tengah.”

“Bagaimanapun, memandangkan perkara-perkara itu adalah sensitif, dan bagi mengelakkan orang tersinggung dan salah faham, saya dengan ikhlas dan sukarela memohon maaf dalam penjelasan saya di Dewan Negara pada 25 April, dan seterusnya ingin menarik balik kenyataan itu,” katanya dalam kenyataaan.


Nga, seorang pemimpin DAP dari Perak menyuarakan sokongan kepdaa cadangan Presiden PKR, Anwar Ibrahim kepada kerajaan supaya membuka kedutaan di Palestin.

Nga bagaimanapun berkata Malaysia patut maju selangkah lagi dengan membuka kedutaan di Israel dan meraih manfaat ekonomi daripada hubungan baru itu.


Kenyataan tersebut mengundang kecaman daripada gerakan global Boycott, Divestment and Sanctions di Malaysia (BDS Malaysia), mengatakan penjelasannya berbaur propaganda Zionis.

BDS Malaysia berkata Nga menunjukkan “kebendulannya” tentang konflik di Palestin, kerana orang Kristian juga jadi mangsa keganasan Zionis, dan pencapaian teknologi negara itu atas sebab tanah dan air orang Palestin dicuri orang Israel. – FMT



Nga (kanan sekali) mahu Malaysia buka kedutaan di Israel

Nga mahu Malaysia buka kedutaan di Israel Nga mahu Malaysia buka kedutaan di Israel Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 30, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...