Netizen kecam Najib muat naik gambar Mujahid



Kelakar juga bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak apabila membalas komen netizen di Facebook miliknya.

Ahli Parlimen Pekan itu baru-baru ini membuat satu pendedahan tentang bayaran hibah dan bonus Tabung Haji (TH) yang dikatakan akan dibayar dengan kadar yang sangat rendah jika Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak membuat creative accounting saat terakhir.


Menurut Najib, pembayaran hibah dan bonus TH untuk tahun 2018 hanyalah 2.08% sahaja berbanding 6.25% untuk tahun 2017.

Ia adalah terlalu sedikit dan paling sedikit dalam sejarah Malaysia sejak institusi itu dijenamakan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) dari nama lamanya Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) pada tahun pada 1995.


Seorang netizen yang menggunakan nama Muzzlan Zack telah membuat satu komen mempertikaikan pendedahan yang dibuat oleh bekas perdana menteri itu,

"kepada dato seri najib semalam saya dah bagi tau kan...kalau nak up pasal mujahid ni up lah seberapa banyak pun..tpi tolong jngn letak gambar dia saya tengah makan ni😦," komen Muzzlan Zack.


Komen Muzzlan Zack itu bagaimanapun mendapat perhatian Najib lalu dibalas komennya itu dengan permohonan maaf, "Minta maaf, ye".

Komen Muzzlan Zack dan komen balas Najib itu mendapat pelbagai reaksi suka dari netizen yang rata-ratanya turut menambah komen balas di situ.


Kelakar juga 'Boss kite' ni. Hanya komen yang pendek sahaja sudah membuat netizen tidak kering gusi.

Cuma agak kejam juga komen yang dibuat oleh Muzzlan Zack itu. Hilang selera makan kerana melihat gambar Menteri Mujahid? Haha.. - AbuLeman






Netizen kecam Najib muat naik gambar Mujahid Netizen kecam Najib muat naik gambar Mujahid Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 04, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...