Jangan berlakon lagi, netizen desak Mahathir letak jawatan betul-betul



KECOH. Satu tangkapan skrin perbualan dipercayai daripada aplikasi WhatsApp berkenaan isu dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tular sejak semalam.

Antara yang disebut dalam tangkapan skrin itu adalah Tun Dr Maharhir Mohamad akan meletakkan jawatan  sebagai Perdana Menteri.


Tindakan itu dipercayai berhubung dengan perubahan senarai Exco Johor yang berlaku baru-baru ini yang mana dikatakan tidak dapat persetujuan oleh Pengerusi PPBM itu.

Menurut tangkapan skrin itu lagi, tindakan menukar Exco Johor itu didalangi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengikut kehendak pihak Istana Johor.


"Tun dah arahkan tiada perubahan Exco Kerajaan Johor, TSMY last minit jumpa Sultan buat uturn ikut arahan Istana. Malam ni semua MPT satu Malaysia berkumpul dekat Putrajaya," kata individu di dalam perbualan WhatsApp berkenaan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM dikatakan sebulat suara telah bersetuju untuk membuat momerendum untuk meminta Mahathir agar kekal sebagai Perdana Menteri dan di dalam masa yang sama mereka mendesak Muhyiddin untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden PPBM dan Menteri Dalam Negeri.


"Hari ini Mesyuarat MPT yang cukup emosi bagi saya. Walau apa pun, kami akan pastikan nasib anak bangsa menjadi arah tuju kami," satu hantaran yang dibuat oleh seorang MPT, Ulya Husamudin sejurus tularnya tangkapan skrin tersebut.

Hantaran itu mengesahkan lagi yang berlakunya mesyuarat tergempar yang mungkin membincangkan perletakan jawatan Mahathir atau desakan perletakan jawatan terhadap Muhyiddin.


Jika perkara itu berlaku, kemungkinan Dato' Seri Mukhriz Mahathir yang kini menjawat jawatan Timbalan Presiden PPBM bakal menggantikan beliau sedikit masa lagi.

Namun sejauh mana kebenaran berhubung perkara ini masih lagi tidak diketahui. Setakat ini masih tidak ada lagi pengumuman rasmi dari mana-mana kepimpinan parti itu.


Menurut seorang bekas pengikut Mahathir, Dato' Johari Ishak, perkara itu hanyalah lakonan semata-mata. Perkara yang sama telah berlaku pada tahun 2002.

Johari mendakwa beliau adalah salah seorang individu yang menjayakan lakonan Mahathir meletakan jawatan yang berlaku di dalam Perhimpunan Agong Umno itu.


Untuk menampakkan lakonan Mahathir lebih realistik supaya mendapat simpati dari rakyat, beliau telah mengambil peranan di luar dewan dengan terjun dari tangga dan menendang pintu dewan, menjerit-jerit sambil dipegang beberapa orang anggota polis untuk membantah perletakan jawatan Mahathir pada waktu itu.

Jadi, menurut Johari lakonan perletakan jawatan yang tersebar semalam hanyalah lakonan semula sahaja di mana mereka MPT yang memujuk Mahathir untuk tidak meletak jawatan juga telah pun tahu berkenaan lakonan tersebut.



Mahathir sebelum ini juga pernah membuat lakonan yang sama untuk meletakkan jawatan sewaktu perjumpaan dengan pemandu dan pengusaha teksi di Langkawi.

Beliau turut mengugut untuk meletakkan jawatan ketika diserang oleh beberapa orang pemandu teksi yang berang kerana segala janji yang ditabur sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 tidak ditunaikan. - PakDin/AbuLeman








Jangan berlakon lagi, netizen desak Mahathir letak jawatan betul-betul Jangan berlakon lagi, netizen desak Mahathir letak jawatan betul-betul Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 24, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...