Najib tengking polis izin pelajar tanya soalan


Serba salah DS Najib, walaupun terlepas marahnya kepada abang polis, DS Najib terus minta maaf. Pelajar ni belajar di mana? Kenapa tanya soalan bodoh pada Najib? Disebabkan kau, abang polis tu pula yang jadi mangsa.

Keadaan tegang di pekarangan bangunan Mahkamah Kuala Lumpur hari ini apabila seorang individu mendakwa sebagai pelajar meluru kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak selepas prosiding hari keempat tamat.



Lelaki yang memakai kemeja bewarna merah itu bertanya kepada Najib mengapa dia dihalang daripada mendengar perbicaraan berhubung kes dana SRC International Sdn Bhd.

Namun situasi bertukar tegang apabila seorang anggota polis menarik lelaki terbabit daripada mengajukan soalan kepada bekas perdana menteri itu.



Najib pada mulanya mengatakan 'tidak payah' kepada anggota polis terbabit dan menepis tangannya sebelum menjerkah kepadanya.

“Tak payahlah,” sergah Najib.



Pelajar terbabit meneruskan soalannya berkaitan larangan pihak mahkamah terhadapnya.

Anggota Parlimen Pekan itu bagaimanapun memalingkan wajahnya kepada anggota polis berkenaan sebelum meminta maaf.



“Dia nak tanya sikit,” katanya kepada pegawai terbabit sambil memegang tangan lelaki terbabit.

Bagi menjawab soalan lelaki itu, Najib berkata perkara tersebut di luar bidang kuasanya.



“Saya tak tahulah, kena tanya mahkamah, bukan saya punya kuasa,” kata Najib kepada lelaki berkenaan.

Najib kemudiannya masuk ke kereta dan berlalu pergi.



Sejurus selepas itu, lelaki terbabit bertemu pemberita dan melahirkan rasa tidak puas hatinya berhubung penjelasan Najib.

“Kalau rakyat biasa tak dapat masuk, bagaimana nak tengok justice di Malaysia,” tegasnya yang enggan memberitahu namanya. - MK





1. Saya tahu pihak polis sedang menjalankan tugas untuk memastikan keselamatan saya. Cuma saya berpendapat bahawa anak muda ini dibenarkan peluang untuk bertanya dan tidak ingin dia ditahan oleh pihak polis.

Sekali lagi, saya berterima kasih dan memohon maaf kepada pihak polis.



2. Itulah sebab saya pernah bersetuju bahawa prosiding ini dibenarkan untuk disiarkan secara langsung.

Sekurang-kurangnya boleh ditonton melalui FB Live atau di YouTube. - Najib Razak






[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Najib tengking polis izin pelajar tanya soalan Najib tengking polis izin pelajar tanya soalan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 17, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...