Najib kantoikan penipuan Ustaz PH cuba goreng kenapa hibah TH rendah



Hari ini, portal MalaysiaKini memaparkan satu artikel bertajuk "Kenapa hibah Tabung Haji sangat rendah?".

Penulis menyenaraikan beberapa penyebab.



Penulis memberi beberapa "bukti" kes-kes yang membawa kerugian seperti arahan untuk tidak menjual saham FGV sehingga kerugian RM1.1 bilion, TH menyelamatkan Ramunia Holdings sehingga kerugian RM670 juta dan TH membeli 30 peratus pemilikan dalam syarikat Putrajaya Perdana Berhad melibatkan kerugian RM144 juta.

FGV dibeli pada tahun 2012 iaitu 6 tahun dahulu. Kejatuhan nilai ataupun kerugian akan dinilai pada akhir setiap tahun dan telahpun diambil kira apabila mengira pemberian Hibah untuk setiap tahun-tahun itu - bukan hanya pada tahun 2018 sahaja.



Lagipun, FGV memberi dividen setiap tahun kerana mencatatkan keuntungan untuk tiap-tiap tahun sebelum tahun 2018. Akan tetapi, FGV mencatat kerugian untuk kali pertama pada tahun 2018 akibat kejatuhan harga sawit.

Ramunia pula dibeli oleh TH pada tahun 2006. Seperti FGV, kerugian ataupun susut nilai Ramunia juga telah diambil kira untuk tahun-tahun sebelumnya.



Begitu juga dengan Putrajaya Perdana yang juga membayar dividen sejak dibeli pada tahun 2014.

Oleh itu, tidak benar bahawa ketiga-tiga pelaburan di atas adalah sebab yang besar untuk Hibah tahun 2018 kerana pelaburan-pelaburan di atas sudah wujud sejak bertahun-tahun dahulu dan TH tetap membayar Hibah yang tinggi pada tahun-tahun berkenaan.



Sebarang tabung pelaburan akan ada pelaburan yang untung dan akan yang rugi. Ini fakta tak boleh disangkal.

Yang penting ialah pelaburan yang meraih keuntungan adalah lebih banyak dari pelaburan yang rugi.



Tetapi, jika hampir semua pelaburan-pelaburan TH jatuh nilai pada masa yang sama seperti yang berlaku tahun lepas apabila Bursa Malaysia turun 200 mata selepas PRU14, maka TH tentu akan menerima kesan.

Penulis juga menyebut program Yayasan Tabung Haji (YTH) 2017, di mana dana berjumlah lebih daripada RM22 juta telah dikeluarkan untuk aktiviti yang mempunyai kecenderungan politik.



Yayasan Tabung Haji bukan Tabung Haji. Wang RM22 juta yang disebut itu bukan semua dari TH juga.

Dana berjumlah RM22 juta itu bukanlah wang penabung (pendeposit TH). Ia adalah zakat hasil keuntungan pelaburan TH sebanyak RM7 juta dan selebihnya adalah duit sumbangan UMNO, Kerajaan Persekutuan dan syarikat yang tidak pernah berniaga dengan TH untuk menjalankan aktiviti bulan Ramadan pada 2017.



Program YTH yang dimaksudkan termasuklah program membantu golongan fakir miskin, orang kurang upaya (OKU), serta ibu tunggal seluruh negara menerusi program ‘Ziarah Kasih’, ‘Jom Bantu Rakyat’, dan ‘Ziarah Kasih Ramadan’ selama setahun.

Oleh itu, bagaimana pula RM7 juta duit zakat TH boleh mengakibatkan TH hanya mampu membayar Hibah 1.25%?



Penulis juga memberi satu lagi sebab iaitu laporan polis ke atas beberapa pengurusan TH yang lalu berhubung dengan salah nyata dan penyembunyian maklumat penting yang melibatkan penjualan saham TH dalam tahun 2012 sebanyak 95 peratus dalam PT TH Indo Plantations yang dipegang oleh dua anak syarikatnya, iaitu TH Indopalms Sdn Bhd (THI) dan TH Indo Industries Sdn Bhd (THII) kepada PT Borneo Pacific (PT Borneo) dengan harga AS$910 juta (RM 3.7 billion).

Pertama, bagaimana pula laporan tahun 2012 boleh memberi kesan kepada Hibah tahun 2018?



Kedua, laporan polis itu ialah di atas dakwaan penyembunyian maklumat dan bukan kerana TH mengalami kerugian kerana tindakan ini.

Ketiga, penjualan syarikat-syarikat itu tidak menyebabkan TH rugi tetapi memberi keuntungan RM873 juta.



Sekali lagi, ini bukan satu sebab Hibah tahun 2018 rendah.

Lagipun, dua dari tiga laporan polis yang dipetik oleh penulis dibuat pada bulan November 2018 - iaitu 6 bulan dahulu manakala satu lagi ialah pada 3 bulan dahulu.



Sehingga kini, tidak ada sebarang dakwaan ataupun apa-apa kesalahan telah dibuktikan walaupun laporan polis telah lama dibuat.

Kalau setakat nak buat laporan polis sahaja bukan satu perkara yang susah atau membuktikan adanya kesalahan telah dilakukan.



Penulis akhirnya memberi sebab politik ekonomi dalam dan luar negara sebagai penyumbang kepada kerugian TH untuk tahun 2018.

Tetapi sebab-sebab yang diberi oleh beliau mengapa pasaran saham dan ekonomi negara menjunam selepas PRU14 tidak begitu logik.



Antaranya ialah simpanan persekutuan atau Federal Reserve Amerika Syarikat menaikkan kadar faedahnya pada tahun 2018.

Sebenarnya, Amerika Syarikat sudah mula menaikkan kadar faedahnya sejak tahun 2016 selepas tamatnya program Quantiative Easing mereka.



Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah pada tiap-tiap tahun sejak tahun 2016 tetapi indeks Bursa Malaysia masih meningkat dan akibat itu, TH tetap memberi Hibah yang tinggi.

Begitu juga dengan sebab "Brexit" yang diberi oleh penulis. Isu "Brexit telah bermula pada tahun 2016 - bukan pada tahun 2018.



Boleh dikatakan bahawa impak Brexit kepada pasaran saham Malaysia adalah paling tinggi pada tahun 2016 tetapi ini bukan penghalang kepada TH memberi Hibah.

Apa yang tidak disebut oleh penulis ialah pada tahun 2017, indeks Bursa Malaysia meningkat 200 mata manakala pertumbuhan KDNK untuk tahun itu ialah 5.9%.



Tetapi Bursa Saham Malaysia jatuh 200 mata pada tahun 2018 dan menyebabkan kehilangan nilai RM270 bilion dalam pasaran saham Malaysia menakala pertumbuhan ekonomi kita jatuh kepada 4.7% pada ketika harga sawit juga jatuh teruk.

Itulah yang menyebabkan prestasi TH merosot teruk pada tahun 2018.



Satu contoh yang baik ialah syarikat TH Plantations Berhad yang merupakan antara pelaburan terbesar Tabung Haji.

TH Plantations mencatat kerugian RM678 juta pada tahun 2018 berbanding keuntungan RM61 juta pada tahun 2017.



Oleh itu, Tabung Haji tidak dapat sebarang dividen dari TH Plantation untuk tahun 2018 berbanding dividen 3.60 sen setiap saham pada tahun 2017.

Pada tempoh yang sama juga, harga saham TH Plantations jatuh dari RM1.15 pada akhir tahun 2017 kepada 48 sen pada akhir tahun 2018.



Ini juga telah memberi kerugian besar kepada Tabung Haji pada tahun lepas.

Pada pendapat saya, PH tidak perlu berusaha dan bersusah payah lagi untuk menyalahkan BN dan patut terimalah kenyataan bahawa sebab utama Hibah TH adalah paling rendah dalam sejarah untuk tahun 2018 ialah ekonomi negara dan Bursa Malaysia telah jatuh teruk selepas PRU14.



Lihatlah link dari Bloomberg ini





Najib kantoikan penipuan Ustaz PH cuba goreng kenapa hibah TH rendah Najib kantoikan penipuan Ustaz PH cuba goreng kenapa hibah TH rendah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 07, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...