Najib: Kalau saya perompak, kenapa tunai Petronas RM174 bilion?



RANTAU – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menempelak kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sering menggelarkan dirinya sebagai perompak.

Menurut Najib, tuduhan itu tidak wajar dilemparkan kerana semasa pemerintahannya, beliau meninggalkan RM174 bilion wang dalam akaun Petronas.


“PH jarah duit petronas RM82 bilion. Kalau saya perompak, perompak mana tinggal RM174 bilion duit Petronas?

“Tahun sudah, dividen Petronas cuma RM17 bilion kerajaan ambil sebab saya nak Petronas labur dalam industri gas dan minyak. Cari telaga minyak baru supaya tidak pupus sumber minyak.


“Hari ini mengikut Azmin (Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali) kalau kita tidak cari telaga minyak baru, kita boleh bertahan 10 tahun sahaja.

“Sebab itu pada zaman BN, kita tambah supaya Petronas melabur, tapi dia mudah-mudah jarah, dia cekau, tetapi bantuan kepada rakyat miskin menguncup,” katanya dalam Program Santai bersama ‘Bossku’ di Restoran Syamiera Corner di Bandar Sri Sendayan, semalam.


Najib berkata demikian pada siri kempen calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan dalam mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Najib mempertahankan dirinya dengan menggalakkan Petronas untuk melabur dalam bidang minyak dan gas bagi mendapatkan lebih pendapatan.


Ini kali pertama Najib turun ke Pilihan Raya kecil (PRK) DUN Rantau.

PRK Dewan Undangan Negeri Rantau menyaksikan pertandingan 4 penjuru antara Mohamad dengan calon PH, Dr S Streram dan 2 calon bebas, iaitu Malar Rajaram dan Mohd Nor Yassin.


Najib juga menggesa pengundi Rantau memilih calon BN Mohamad Hasan berbanding calon PH Dr S Streram.

"Antara Streram dengan Mat Hasan siapa lebih elok, Mat Hasan lebih elok, elok keseluruhanya.


"Pandai siapa lagi pandai Streram doktor cucuk bagi orang tidur, jadi semua orang tidur nanti," jelasnya.

Menurut Najib, Mohamad berpengalaman luas mentadbir negeri sebagai menteri besar selain latar belakangnya dalam bidang korporat.


"Jadi kalau tak sokong dia, 'rugilah'," kata Najib lagi.

Sebelum majlis ceramah, kedua-dua pemimpin Umno itu solat Isya berjemaah di sebuah surau di Sendayan. - MalaysiaGazette/MK/AbuLeman


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Najib: Kalau saya perompak, kenapa tunai Petronas RM174 bilion? Najib: Kalau saya perompak, kenapa tunai Petronas RM174 bilion? Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...