Najib hadir perbicaraan hari pertama (7 gambar)



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, kira-kira jam 1.50 tengah hari tadi bagi menghadiri perbicaraan kes, tujuh pertuduhan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC International) membabitkan bekas perdana menteri itu yang bermula hari ini.

Beliau yang berkemeja putih dan berkot biru itu turut ditemani anaknya, Norashman Najib.


Perbicaraan kes berprofil tinggi itu akan dijalankan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, dijangka pada jam 2.30 petang.

Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram milik SRC International berjumlah RM42 juta.


Peguam Negara, Tommy Thomas, akan mengetuai pasukan pendakwaan yang dibarisi peguam kanan yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Datuk Sulaiman Abdullah dan Datuk V Sithambaran.

Pasukan itu turut dibantu DPP Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, Manoj Kurup, Budiman Lufti Mohamed dan Muhammad Izzat Fauzan.


Manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan, dibantu peguam Harvinderjit Singh, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, Rahmat Hazlan dan Syahirah Hanapiah.

Secara kebetulannya pada hari ini, 10 tahun lalu, Najib selaku Ahli Parlimen Pekan, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam. - BH



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]


















Najib hadir perbicaraan hari pertama (7 gambar) Najib hadir perbicaraan hari pertama (7 gambar) Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 03, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...