Akhirnya Mujahid dedah Hibah TH rendah salah PH



Inilah kebenaran mengapa Hibah Tabung Haji hanya 1.25%.

Menteri jaga agama bongkar dengan tidak sengaja.

1. Akaun TH 2017 diluluskan oleh Ketua Audit Negara. Tidak ada defisit.

2. Apabila kerajaan bayar syarikat swasta PWC yang sering diberi tugas oleh Menteri Kewayangan untuk membuat audit, tiba-tiba ada defisit RM4.1 bilion untuk akhir tahun 2017.


3. Defisit RM4.1 bilion ini bukan kerana wang telah dicuri atau diselewengkan tetapi tuduhan PH ialah ianya terlebih bayar sebagai Hibah untuk tahun-tahun sebelumnya.

4. Menteri mengaku defisit ini naik dari RM4.1 bilion pada akhir 2017 kepada RM10.9 bilion pada akhir 2018 selepas PH ambil alih - seperti yang saya dedahkan dan cabar PH untuk menafikan beberapa hari dahulu.


Saya juga buktikan bahagian bersar dari defisit ini adalah kerugian dialami TH pada suku ke-4 tahun 2018 kerana tindakan tidak bijak Menteri sendiri. Rujuk di sini.

Defisit yang meningkat selepas PH ambil alih ini bukan di atas sebab "terlebih bayar Hibah kepada pencarum" seperti BN tetapi kerana betul-betul rugi akibat ekonomi yang merosot dan pengambilan aset TH oleh SPV di bawah Kementerian Kewayangan.


5. Walaupun defisit pada akhir tahun 2018 adalah RM10.9 bilion tetapi "bail-out" ataupun pertolongan dari kerajaan PH yang diberi baru-baru ini adalah jauh lebih besar iaitu RM17.8 bilion,

Mengapa? Kerana selepas akhir tahun 2018, pasaran saham Malaysia jatuh lagi dan kita diberi gelaran "sole loser" di Asia.


Besar kemungkinan, TH telah terus mengalami kerugian pada suku pertama tahun 2019 ini juga.

Selama saya menjadi PM, TH tidak pernah perlu untuk dibail-out.

PH ambil alih tempoh 11 bulan sahaja, terus kena "bail-out" seperti yang sering berlaku pada zaman PM ke-4.


Itulah sebab Menteri jaga agama tidak berani untuk bawa isu kerugian TH ini ke Suruhanjaya DiRaja (RCI) seperti diminta oleh kami walaupun ada pelbagai cubaan untuk menyalahkan BN dengan pelbagai fitnah seperti BN sorok kerugian RM10 bilion.

Kerana mereka tahu pihak yang benar-benar salah adalah mereka, bukan BN. - Najib



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]


Akhirnya Mujahid dedah Hibah TH rendah salah PH Akhirnya Mujahid dedah Hibah TH rendah salah PH Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 10, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...