Muhyiddin sanggah Mahathir, Sultan berhak lantik MB



SUBANG: Semua pihak tidak perlu mempertikaikan siapa yang berhak melantik menteri besar Johor kerana Undang-undang Tubuh Negeri Johor jelas menyatakan sultan berhak berbuat demikian, kata Muhyiddin Yassin.

Beliau yang pernah menjadi menteri besar Johor selama 9 tahun berkata, sultan berhak melantik menteri besar berdasarkan calon yang dicadangkan parti mempunyai kerusi paling banyak dalam Dewan Undangan Negeri.


“Ini bukan baru. Sejak zaman-berzaman lagi sudah dikuatkuasakan,” katanya dalam lawatan kerja ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Stesen Udara Maritim di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Dr Mahathir Mohamad mempertahankan pendiriannya semalam yang pelantikan menteri besar Johor baru adalah hak parti pemerintah dan istana tiada peranan dalam perkara itu.


Perdana menteri berkata demikian selepas Sultan Johor meminta pihak tertentu tidak mencampuri urusan negeri itu.

Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilaporkan berkata, pelantikan menteri besar Johor ialah hak mutlak sultan.


Sementara itu, Muhyiddin menolak dakwaan beliau akan dilantik sebagai menteri besar Johor semula.

“Tak bolehlah, saya dah tua,” katanya berseloroh.


Adun Bukit Gambir itu berkata, beliau sedia membantu menteri besar Johor baru dari segi panduan dan khidmat nasihat.

Muhyiddin pernah menjadi menteri besar Johor dari 1986 hingga 1995 ketika Mahathir pertama kali menjadi perdana menteri. - FMT



ARTIKEL BERKAITAN:
Muhyiddin sanggah Mahathir, Sultan berhak lantik MB Muhyiddin sanggah Mahathir, Sultan berhak lantik MB Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 11, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...