Michael Ang sudah setahun peluk Islam




KUALA LUMPUR 30 April  – Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang mengesahkan dia sudah memeluk agama Islam, sejak setahun yang lalu.

Pengakuan pengarah drama Suri Hati Mr Pilot itu dibuat secara eksklusif menerusi saluran YouTube Official Ria, Selasa lalu.


Menerusi YouTube tersebut, pemilik syarikat penerbitan Cube Film Sdn Bhd ini memberitahu pengalamannya sejak setahun bergelar mualaf dan meminta tunjuk ajar untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik.

“Alhamdulillah, kini sudah  lebih setahun saya bergelar Muslim dan saya sudah bersedia untuk memberitahu tentang perkara ini.

"Untuk saya mula tunaikan solat Jumaat, adalah lebih baik saya berterus-terang kerana apabila orang mula melihat saya di masjid, tidak mahu timbul persoalan.

“Sejujurnya selama saya mendalami agama Islam, masih banyak yang perlu saya pelajari. Saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan, kerana ia adalah di antara saya dan Allah.


"Doakan saya kekal di jalan ini dan saya alukan segala tunjuk ajar. Semoga kita semua menjadi terbaik di mata Allah,” ujar Michael menerusi video tersebut.

Malah menerusi YouTube itu juga, terdapat paparan kad akuan Islam yang terdapat gambar dan nama Islam Michael yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor. Michael  yang masih mengekalkan nama asalnya, Michael Ang Hai Swee, memeluk agama Islam di hadapan Ustaz Sheikh Hussain Yee dan Ustaz Firdaus Wong.


Michael yang seringkali dikelilingi rakan-rakan yang beragama Islam, dikatakan bergelar mualaf apabila sudah mula berpuasa pada tahun 2018.

Michael berkongsi secara terbuka dengan peminatnya apabila memuat naik gambar berbuka puasa di dalam kereta menerusi akaun Instagram miliknya.


Michael sebelum ini, banyak mengarahkan drama-drama popular Melayu seperti Hero Seorang Cinderella, Suri Hati Mr Pilot, Ti Amo Sweetheart 100 Hari dan banyak lagi. Selain drama, Michael pernah menghasilkan filem Penaggal (2011), Kimchi Untuk Awak (2017) dan Rahsia Hati Perempuan (2018). - UO

Michael Ang sudah setahun peluk Islam Michael Ang sudah setahun peluk Islam Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 30, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...