Mesyuarat PH setuju jenama semula KLIA



Sudah menjadi trend di kalangan Menteri Pakatan Harapan (PH) untuk menjenamakan semula setiap projek yang diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Dari kasut putih ke kasut hitam, Klinik 1Malaysia kepada Klinik Komuniti, AES kepada AWAS, dan yang terkini Permata dijenamakan semula kepada Genius.


Bekas Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah menyenaraikan sekurang-kurangnya 16 projek yang diusahakan oleh BN telah dijenamakan semula dengan nama yang lain.

Nampaknya penyakit menjenamakan projek BN semakin kronik apabila nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga mahu ditukar oleh mereka.


Menurut satu minit mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang tular semalam, majlis mesyuarat telah bersetuju untuk menjenamakan semula KLIA Kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (SIA).

"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengambil maklum akan perkara yang dibangkitkan oleh Y.B. Dato' Teng Chang Khim berhubung keperluan menjenamakan semula nama KLIA agar mencerminkan lokaliti lapangan terbang tersebut yang terletak di daerah Sepang, Selangor.


"Keperluan ini adalah seiring dengan nama lapangan terbang antarabangsa di luar negara yang menggunakan lokaliti sebagai nama rasmi lapangan terbang tersebut.

"Sehubungan itu, cadangan nama yang dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (Sepang International Airport - SIA)." menurut satu keratan minit mesyuarat itu.


Warganet mempersoalkan, di saat rakyat sedang menderita dan ekonomi negara yang sedang merundum sehingga Malaysia dinobatkan sebagai bursa saham paling teruk di dunia, adakah pemimpin PH hanya pandai menukar nama projek orang lain sahaja?

"Adakah ini menjadi keutamaan KERAjaan Pakatan Harapan? Mencuri kredit hasil kerja orang lain dengan tukar nama?" soal Faisal. - AbuLeman


Berikut adalah senarai nama projek yang diusahakan oleh BN yang telah dijenamakan oleh rejim PH selepas 10 bulan mentadbir.


  • Permata = Genius
  • Klinik 1Malaysia = Klinik Komuniti
  • RTC = Pusat Komuniti Desa
  • KPDNKK = KPDNHEP
  • AES = AWAS
  • SPAD = APAD
  • MVV = MVV 2.0
  • JKKK = MKKK
  • Caj Tol = Caj Kesesakan




  • KADS1M = BPPT
  • Amanah Saham 1Malaysia = Amanah Saham Malaysia 3
  • KR1M = HopeMart
  • PM ke-4 = PM ke-7
  • BR1M = BaSaH
  • Kasut putih = Kasut Hitam
  • Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) = Pusat Internet
  • KLIA = SIA (coming soon)




Mesyuarat PH setuju jenama semula KLIA Mesyuarat PH setuju jenama semula KLIA Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 18, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...