Menteri sahkan dokumen bocor skandal terowong Guan Eng oleh RPK sahih



Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) kerana mengakui bahawa laporan polis yang dibuat oleh pihak SPRM pada 28 Februari lalu adalah berkaitan KEBOCORAN DOKUMEN skandal Terowong Bawah Laut Pulau Pinang.

"Apakah kandungan laporan SPRM kepada pihak polis?



"Sahih atau tidak? Ini penting. Ia soal integriti dan reputasi SPRM."

Demikian soalan yang saya bangkitkan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) ketika giliran Menteri menjawab Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat tadi.



Kini persoalan mengenai sama ada dokumen yang bocor itu milik SPRM sudah terjawab!

Sudah pasti rakyat akan tertanya-tanya, agaknya apa tindakan susulan pihak berkuasa selepas pengesahan melalui jawapan Timbalan Menteri di Dewan Rakyat ini? Apa pula komen YB Menteri Kewangan & YAB Ketua Menteri Pulau Pinang? - Wee Ka Siong





Walaupun cuba mengelak apabila ditekan berulang-kali, Menteri PAN ini akhirnya terpaksa mengaku dalam Parlimen bahawa kertas siasatan SPRM yang terbongkar dalam laman web RPK adalah SAHIH!.

Kertas siasatan terbongkar ini telah membutirkan secara sangat mendalam pelbagai salah-laku dan rasuah dalam projek Terowong oleh beberapa pemimpin-pemimpin PH.



Syabas YB Wee Ka Siong.

Menteri Kewayangan ada apa komen?



Kita juga tunggu apa tindakan yang akan diambil oleh Pihak Pendakwa Raya tentang kes rasuah dan salahguna kuasa dalam projek mega berbilion-bilion Ringgit ini memandangkan kertas siasatan SPRM terbongkar telah disahkan sebagai sahih.

PH tidak boleh mengelak dan membisu lagi. - Najib Razak



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Menteri sahkan dokumen bocor skandal terowong Guan Eng oleh RPK sahih Menteri sahkan dokumen bocor skandal terowong Guan Eng oleh RPK sahih Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 01, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...