Menteri ini punya akal tak tahu letak mana, Najib balun PH lagi



Di dalam wawancara The Edge dengan pengurus besar Syarikat Eagle High Plantations (EHP) pagi ini, EHP telah menafikan mereka tidak mahu membayar balik kos pembelian kepentingan 37% EHP kepada FELDA dengan kadar faedah 6% setahun.

EHP turut mengesahkan bahawa adanya klausa "Put Option" di mana FELDA tidak akan kerugian (downside protection) dengan pembelian kepentingan EHP itu - bermakna FELDA tidak ditipu oleh saya dan tidak rugi berbilion Ringgit.



Mereka juga menafikan bahawa wujudnya kes Mahkamah di mana EHP telah saman FELDA supaya EHP tidak perlu bayar - sekaligus membuktikan Menteri PH berbohong di Dewan Rakyat lagi.

Menteri ini punya akal, saya tak tahu dia letak mana.



Dia tuduh FELDA minta EHP bayar balik tetapi sehingga kini EHP belum bayar balik.

Oleh itu, dia kata inilah bukti bahawa klausa "Put Option" ini tidak laku dan Najib telah menipu.



Tetapi, dia sendiri yang kata FELDA hanya meminta EHP bayar balik US$500 juta ini pada bulan Februari dengan mengaktifkan "Put Option" itu.

Kalau minta pada bulan Februari, adakah ianya logik bahawa awal bulan April sudah terima seluruh bayaran itu?



Ini kan US$500 juta dan bukan RM50.

Sudah tentu perlu masa untuk mengatur sumber kewangan serta perlu melalui proses seperti di dalam perjanjian.



Syarikat EHP dimilik oleh ahli perniagaan yang disenaraikan oleh Forbes tahun ini sebagai orang ke-14 paling kaya di Indonesia.

Sudah pasti mereka ada kebolehan untuk membayar balik.



Apabila EHP membayar balik dengan sepenuhnya termasuk faedah, saya harap Menteri PH dan FELDA meminta maaf kepada saya kerana telah tuduh saya menipu FELDA dengan pembelian EHP ini sehingga membuat laporan polis.

Setelah membaca wawancara ini, saya berpendapat bahawa EHP sangat ingin mengambil semula kepentingan saham 37% itu dari FELDA.



Ini ialah kerana pada masa kita melabur dalam EHP, mereka masih sebuah ladang yang baru dengan kebanyakkan pokok sawit yang sudah ditanam masih muda dan belum berhasil.

Kini sudah masuk masa untuk pokok mereka matang.



Oleh itu, pengeluaran buah tandan segar mereka meningkat 33% setiap tahun pada tempoh ini.

Tahun lepas sudah 1.8 juta tan. Tahun ini melebihi 2.4 juta tan.



Sebagai perbandingan, seluruh pengeluaran FGV hanya 4.3 juta tan pada tahun 2016.

Kos pengeluaran di Indonesia juga lebih rendah berbanding di Malaysia.



Oleh itu, jika harga minyak sawit naik atau bertahan, EHP tentu akan untung besar dalam masa satu dua tahun lagi.

Malangnya pada masa itu, FELDA tidak ada lagi kepentingan dalam EHP. - Najib Razak







Menteri ini punya akal tak tahu letak mana, Najib balun PH lagi Menteri ini punya akal tak tahu letak mana, Najib balun PH lagi Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 13, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...