MB Johor yang baharu jangan yes man - TMJ



JOHOR BAHRU 9 April - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) hari ini membuat satu ciapan di akaun Twittrr miliknya yang mengesahkan akan berlaku pertukaran Menteri Besar Johor.

Menurut TMJ, baginda mahukan Menteri Besar Johor yang baharu bukan seorang yang 'yes man' kepada Putrajaya.



“Saya harap Menteri Besar yang baru bukanlah yes man Putrajaya saja. Kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Negeri Johor mesti diutamakan.

“Saya harap kebajikan rakyat dan kepentingan negeri akan selalu menjadi keutamaan,” katanya dalam akaun Tweeter rasmi miliknya hari ini.



Semalam media sosial kecoh dengan desas desus Menteri Besar Johor Dato' Osman Sapian akan meletakkan jawatan dalam masa yang terdekat.

Perletakan jawatan itu dikaitkan dengan prestasinya sebagai MB Johor yang tidak memberansangkan. - UO/AbuLeman




MB Johor yang baharu jangan yes man - TMJ MB Johor yang baharu jangan yes man - TMJ Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 09, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...