Maza 'pekak', kata Mahathir


Mahathir mana dengar rintihan rakyat. Orang komplen agama Islam semakin tak selamat pun dia tak nak dengar. Yang tegur dia tu kan dulu macai dia jugak.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin bahawa kedudukan Islam semakin 'tidak selamat' di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).


"Pasal dia 'pekak'.

"Kalau dia boleh dengar, dia boleh dengar kita buat macam-macam untuk orang Islam, untuk Islam. Tapi dia tak dengar," sindirnya kepada media selepas menghadiri majlis makan malam Persatuan Pertubuhan Pengurusan Asia (AAMO) di Kuala Lumpur malam ini.


Terdahulu Mohd Asri di laman Facebooknya hari ini mendakwa ramai beranggapan bahawa Islam berada dalam keadaan tidak selamat di bawah pentadbiran kerajaan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penahanan pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu awal pagi semalam atas dakwaan menghina agama Hindu dalam satu ceramah.


"Inilah realiti yang kelihatan pada hari ini. Pelbagai kenyataan yang dibuat oleh individu-individu yang berada dalam kerajaan hari ini yang menghina Umat Islam dan menimbulkan ketegangan kaum, mereka hanya dipanggil untuk beri keterangan. 

"Betapa ramai yang menghina Nabi Muhammad dan mempersenda ajaran Islam, juga hanya dipanggil memberikan keterangan.


"Tapi, ceramah dalam masjid untuk umat Islam sahaja di Kelantan oleh seorang yang menceritakan pengalaman peribadi menukar agama dan memilih agama Islam, telah menyebabkan beliau ditangkap," tulis Mohd Asri.

Mohd Asri mendakwa penangkapan itu menunjukkan masyarakat Islam semakin "dibuli" oleh kerajaan PH.


"Suara-suara mempertahankan Islam sukar kedengaran dalam kalangan yang memimpin pentadbiran hari ini melainkan sejumlah kecil. Apakah ini suatu keadilan?

"Realiti ini menjadikan rakyat makin akur bahawa Islam berada dalam keadaan yang tidak begitu selamat di bawah pentadbiran hari ini," tegasnya. - MK



ARTIKEL BERKAITAN:

Maza 'pekak', kata Mahathir Maza 'pekak', kata Mahathir Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 30, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...