KURANG AJAR: Masjid Tengkera Melaka disimbah cat



Penduduk sekitar Tengkera, Melaka hari ini dikejutkan dengan satu insiden serangan di Masjid Tengkera.

Beberapa keping gambar tular menunjukkan masjid itu telah diserang dengan cat berwarna ungu cerah.


Difahamkan laporan polis telah dibuat oleh ahli jawatankuasa masjid berhubung insiden tersebut.

Sejak kebelakangan ini sudah berlaku beberapa insiden serangan terhadap surau dan masjid di Melaka.


Sebelum ini dua surau di Serkam dilempar dengan daging dan tulang babi. Kini masjid bersejarah ini pula disimbah pula dengan cat.

Umat Islam kini sedang marah dan kesabaran setiap orang ada hadnya. Diharap pihak polis dapat mengesan dan menangkap pelakunya agar tidak berlaku suasana tidak aman di kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.


Masjid Tengkera merupakan sebuah masjid yang terletak di Tengkera dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Ia dibina pada tahun 1728 ketika pemerintahan Belanda oleh seorang pedagang dan ulama dari India, Muhammad Salleh.

Menurut ahli sejarah, masjid ini ialah masjid yang keempat tertua di Malaysia selepas Masjid Kampung Laut di Kelantan, Masjid Peringgit di Melaka, dan Masjid Kampung Hulu. - AbuLeman

UPDATE: KANTOI: India simbah cat di Masjid Tengkera















KURANG AJAR: Masjid Tengkera Melaka disimbah cat KURANG AJAR: Masjid Tengkera Melaka disimbah cat Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 19, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...