Marina Mahathir tandatangan petisyen Statut Rome


Mantan Ketua Hakim Tun Abdul Hamid berkata penyertaan Statut Rome akan menjejaskan kedudukan Raja-Raja Melayu. Kekebalan Raja-Raja akan dihapuskan. Nahtijahnya Sistem Beraja di Malaysia juga akan boleh dihapuskan selepas itu. Adakah ini yang anak beranak Mahathir mahukan?

Anak Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, Marina, adalah antara mereka yang menandatangani petisyen yang menggesa Pakatan Harapan untuk tidak menarik balik keputusan kerajaan untuk meratiifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).


Petisyen dalam talian di Change.org menyatakan bahawa Statut Rom akan memberi keadilan kepada 298 orang yang terbunuh ketika pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh kira-kira 50km dari sempadan Ukraine-Rusia pada Julai 2014.

Bagaimanapun setelah diperiksa, Ukraine dan Rusia tidak menyertai Statut Rome di mana adalah mustahil keluarga mangsa MH17 akan dapat keadilan dengan menyertainya.



Sebagaimana kenyataan mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid, hanya negara yang menyertainya sahaja yang boleh membuat aduan dan hanya negara yang menyertainya sahaja yang boleh dibicarakan.

Ketika berita ini ditulis, petisyen, yang juga diciap oleh Marina, telah ditandatangani oleh lebih daripada 9,700 orang.


Petisyen itu dimulakan oleh kumpulan pelajar yang bertanggungjawab membocorkan ringkasan eksekutif sebuah kertas kajian oleh empat ahli akademik yang didakwa digunakan untuk meyakinkan sidang Majlis Raja-raja untuk menolak Statut Rom.

Jumaat lalu, perdana menteri mengumumkan bahawa keputusan Malaysia menarik diri daripada Statut Rom adalah berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat.


Dakwa Mahathir ini berpunca daripada kekeliruan yang dicipta oleh orang tertentu "yang ingin bebas memukul orang dan melakukan perkara seperti itu".

"Jika dia pukul orang lagi, saya akan hantar polis untuk menangkapnya. Saya tidak peduli siapa dia," katanya.


Walaupun tidak menyebut sebarang nama dan tidak memberikan sebarang fakta atau bukti, spekulasi adalah bahawa Mahathir merujuk kepada kerabat istana Johor, terutamanya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail (TMJ).

Pewaris Sultan Johor itu berpendapat bahawa perjanjian berkenaan akan mengancam kedudukan Yang di-Pertuan Agong, Melayu dan Islam dan mencabar Mahahthir untuk mengambil tindakan ke atasnya dalam isu itu. - MK/AbuLeman




Marina Mahathir tandatangan petisyen Statut Rome Marina Mahathir tandatangan petisyen Statut Rome Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 10, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...