Malaysia dimalukan seluruh dunia angkara kebodohan PH mentadbir negara – Najib



Di dalam video ini, pengurus besar sebuah syarikat pelaburan antarabangsa ditanya mengapa Bursa kita kini menjadi sole loser serta paling teruk dalam dunia :

Pengurus besar ini memberi 3 sebab:



SEBAB #1: Ketidakstabilan politik. Lima tahun dahulu, kerajaan BN mula diserang hebat oleh PM ke-4 dengan PH.

Walaupun diserang hebat oleh mereka, ekonomi negara masih bertahan lagi. Jika kita tidak diserang begitu pada masa itu, sudah tentu ekonomi akan lebih baik selari dengan Pelan Transformasi Negara.



SEBAB #2: Langkah tidak masuk akal Menteri Kewayangan kita menggunakan unjuruan harga minyak dunia pada US$70 satu tong untuk membuat belanjawan 2019.

Pada bulan Oktober sebelum bajet 2019, saya sudah bagi amaran di dalam parlimen untuk tidak gunakan unjuran setinggi ini kerana bajet akan lari. Rujuk di sini.



Pada bulan November selepas bajet diumumkan, saya sekali lagi memberi amaran yang sama. Rujuk di sini.

Tapi Menteri Kewayangan kita degil. Saya pun malas nak cakap lagi. Dia lebih bijak.



SEBAB #3: Menghapuskan GST dan menaikkan ketergantungan ekonomi kita kepada hasil minyak.

Tentang GST ini, saya tak perlu jelaskan pendirian saya lagi.



Oleh kerana sebab politik, GST dijadikan bahan kempen mereka dengan menipu harga barang akan turun jika ianya dimansuhkan.

Oleh kerana penipuan PH demi rampasan kuasa, kini negara kita terjejas.



Bermula dari tahun 2009 masa saya mula menjawat sebagai PM, kita telah cuba sedaya upaya untuk mengurangkan ketergantungan kita kepada hasil minyak.

Kita berjaya mengurangkan ketergantungan setiap tahun dari 44% pada tahun 2010 menjadi 14% pada tahun 2017 supaya ekonomi negara tidak akan lagi terjejas apabila harga minyak dunia tiba-tiba jatuh teruk.



Jika kerajaan BN tidak membuat begitu, sudah tentu ekonomi kita telah mengalami kemelesetan pada tahun 2016 apabila harga minyak dunia jatuh 80% masa itu - seperti yang terjadi kepada negara Brunei dan negara-negara Timur Tengah dan Amerika Selatan.

Oleh kerana ekonomi negara kita tidak terjejas, maka Rakyat tidak terkesan dan tidak tahu bahawa ekonomi kita sebenarnya telah diselamatkan pada masa itu oleh langkah dan rancangan kita.



Lalu, kita terus dikecam.

Selepas menang PRU14, kerajaan PH pula naikkan semula ketergantungan kita kepada minyak menjadi 33%.



Dan ini adalah satu lagi faktor kenapa pelabur-pelabur asing tidak mahu melabur di Malaysia lagi.

"Kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh kerajaan PH", pelabur asing ketawakan kita. - Najib Razak



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Malaysia dimalukan seluruh dunia angkara kebodohan PH mentadbir negara – Najib Malaysia dimalukan seluruh dunia angkara kebodohan PH mentadbir negara – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 17, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...