Mahkamah larang muat naik video prosiding Najib



KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini mengingatkan kepada semua pihak supaya tidak memuat naik dan menyebarkan video rakaman prosiding perbicaraan kes yang sedang berlangsung melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang komen di media sosial berhubung rakaman prosiding tersebut.



Ketika membuat perintah tersebut, Mohd Nazlan berkata rakaman transkrip prosiding mahkamah (CRT) yang dibekalkan kepada pasukan peguam bela dan pendakwa raya tersebut hanya untuk kegunaan mahkamah dan bukan untuk disebarkan.

"Sebarang pelanggaran boleh menyebabkan mahkamah tidak lagi memberikan rakaman CRT kepada kedua-dua pihak," katanya.



Terdahulu pada awal prosiding hari ke-6 perbicaraan tersebut, Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram memohon satu perintah daripada mahkamah susulan tindakan seorang pembantu khas Najib, Isham Jalil yang berkongsi video CRT di laman media sosialnya Jumaat lalu.

Menurut Sithambaram, rakaman CRT hanya dibekalkan kepada para peguam atau mana-mana pihak yang layak memohon dalam bentuk cakera padat.



"Pihak berkenaan tidak sewajarnya mengemukakan salinan itu kepada pihak lain, atau menyebarkan ke mana-mana medium.

"Pengguna media sosial juga harus diberi amaran untuk tidak memuat naik tanpa kebenaran dari mahkamah,"ujarnya.



"Sehubungan itu katanya pihaknya memohon perintah mahkamah supaya menghalang pihak ketiga daripada memuat naik CRT tanpa kebenaran," katanya. - SH

ARTIKEL BERKAITAN:







[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Mahkamah larang muat naik video prosiding Najib Mahkamah larang muat naik video prosiding Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 22, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...