Akhirnya Mahathir tunduk desakan, tarik diri dari Statut Rome



Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang telah dimeterai negara.

"Kami menarik balik penyertaan dalam perjanjian itu kerana rakyat mudah terpesong dengan perasaan dan emosi," katanya.


Terdahulu, Dr Mahathir beroleh perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad di Istana Negara di Kuala Lumpur bagi membincangkan perkara itu.

Ia menjadi isu kontroversi selepas didedahkan pada 4 Mac lalu Menteri Luar Saifuddin Abdullah telah menandatangani dokumen yang membawa Malaysia menyertai perjanjian tersebut.


Wisma Putra menyatakan menterinya telah memaklumkan kepada Yang Dipertuan Agong pada 15 Februari mengenai hasrat Putrajaya menyertai perjanjian tersebut.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan puteranya Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula bertitah bahawa persetujuan terhadap perjanjian itu melanggar Perlembagaan Persekutuan kerana ia bakal memberi kesan terhadap institusi beraja, hak-hak Melayu dan kesucian Islam di Malaysia.


Tunku Ismail bertitah kerajaan gagal berunding dengan Majlis Raja-Raja sebelum menandatangani perjanjian itu.

ICC membicarakan empat jenayah utama antarabangsa - pembunuhan beramai-ramai (genocide), jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan.


Statut Rome ditandatangani lebih dari 100 negara pada tahun 1998 semasa suatu persidangan di Rom yang menubuhkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

ICC berkuatkuasa pada 2001 dan mensasarkan untuk mengakhir kekebalan pelaku jenayah yang paling serius. - MK

Akhirnya Mahathir tunduk desakan, tarik diri dari Statut Rome Akhirnya Mahathir tunduk desakan, tarik diri dari Statut Rome Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...