Mahathir masuk Syurga walaupun tak solat – Ustaz PH



MENGEJUTKAN. Seorang ustaz Pakatan Harapan (PH) hari ini telah membuat satu kenyataan yang mengejutkan apabila mengesahkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah ahli Syurga.

Ustaz yang menggunakan nama Halim Hasan itu mengatakan, Mahathir walaupun tidak mengerjakan solat terawih, beliau tetap akan masuk Syurga.



Kenyataan itu dirakamkan di dalam siri ceramahnya di dalam satu video yang tular di media sosial di mana beliau menunjukkan rasa gembiranya apabila Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah dijatuhkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 sebelum ini.

Menurutnya lagi, walaupun semua janji manifesto PH tidak ditunaikan, beliau tetap merasa gembira dan mendakwa rasa gembira itu adalah rahmat Allah kepadanya.



Kenyataan Halim itu mengundang pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya menyatakan ketidak setujuan mereka dengan Halim terutamanya dalam isu mengesahkan Mahathir adalah ahli Syurga.

"Wah ustaz PH dah dapat wahyu, Mahathir masuk Syurga kata dia. Haha.." komen Abdul Rahim.



"Ustaz PH sesat. Masuk Syurga hotak kau. Bukan main liberal lagi Mahathir. Tak ingat ke Mahathir kata Nabi takda pisau Gillate?.." komen Suraya.

"Tau lah sama kapal dengan Madey Kutty. Tapi tak payahlah nak jilat sangat.." Komen Nabeel.



"Mohon Jabatan Agama, mufti-mufti siasat ustaz PH ni. Dah macam ajaran sesat pula, orang tu masuk Syurga orang ni masuk Neraka.." komen Nasrullah.

Dari pencarian kami, soal seseorang itu masuk Syurga atau masuk Neraka adalah perkara ghaib yang tidak diketahui oleh manusia biasa melainkan ianya telah diwahyukan oleh Allah.



Kenyataan Halim yang mendakwa pemimpin PH seperti Mahathir akan masuk Syurga walaupun tidak solat terawih adalah seolah-olah seperti perbuatan bomoh yang mendakwa mampu mengetahui perkara ghaib yang dikhuatiri termasuk dalam perbuatan Syirik.

Apatah lagi jika yang dimaksudkan pemimpin PH itu adalah Lim Guan Eng, Teresa Kok, Anthony Loke, Gobind atau Kulasegaran, maka ia jelas menyimpang dari kebenaran.



Sebelum ini kenyataan yang serupa telah dikeluarkan oleh Mahathir yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia apabila mendakwa penjaga pintu Syurga halau Najib masuk ke Neraka.

Bagaimanapun kenyataan Mahathir itu tidak ditegur oleh mana-mana agamawan dari mana-mana Jabatan Agama mahupun mufti. - AbuLeman



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Mahathir masuk Syurga walaupun tak solat – Ustaz PH Mahathir masuk Syurga walaupun tak solat – Ustaz PH Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 18, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...