Mahathir kantoi kencing hutang negara turun – Najib



AUTA: Kadar hutang negara sudah turun - PM

KUALA LUMPUR 4 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu, kadar hutang negara sudah menurun susulan pertumbuhan Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK).

Perdana Menteri berkata, walau bagaimanapun proses mengurangkan hutang negara masih dijalankan.



“Kita sudah berjaya mendapatkan semula wang yang hilang, yang disimpan oleh Singapura. Wang itu juga membantu mengurangkan hutang.

“Kita juga sedang berusaha untuk mengurangkan nilai kontrak Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), jika tidak teruskan projek itu, kita perlu membayar jumlah pampasan yang tinggi,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini. - UO




FAKTA: Hutang bertambah, KDNK rendah, defisit tinggi

Kerajaan PH sekali lagi menipu dalam Dewan Rakyat apabila mereka mengeluarkan kenyataan pagi ini bahawa HUTANG NEGARA berkurang selepas pertumbuhan KDNK.

Mereka kata ""Sekarang KDNK negara sudah meningkat. Apabila KDNK meningkat, peratus hutang menjadi kurang."


Secara am, kenyataan di atas adalah betul dan apa yang telah berlaku di bawah kerajaan BN untuk tahun-tahun yang lepas.

Tetapi ianya adalah MUSTAHIL untuk ini telah berlaku pada tahun lepas di bawah PH.


Ini ialah kerana pertumbuhan KDNK pada tahun 2018 (4.7%) adalah lebih rendah berbanding pada tahun 2017 (5.9%) manakala defisit kerajaan telah meningkat kepada 3.7% untuk tahun 2018 berbanding 3% untuk tahun 2017.

Bajet perbelanjaan tambahan yang diminta untuk tahun 2018 lepas pun sudah RM19.6 bilion.


Jika pertumbuhan KDNK adalah lebih rendah manakala defisit adalah lebih tinggi, mana mungkin nisbah hutang kepada KDNK akan berkurang?

Kecuali pengiraan ini dibuat oleh seorang akauntan tidak bertauliah yang kuat wayang.


Data rasmi kerajaan menunjukkan nilai hutang kerajaan telah naik dari RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 kepada RM741.1 bilion pada akhir tahun 2018. 
(dan sudah meingkat lagi ke RM777.1 bilion pada akhir bulan Mac 2019)

Nilai KDNK negara pula naik dengan kadar lebih rendah iaitu kepada RM1.429 trilion pada tahun 2018 berbanding RM1.353 trilion pada tahun 2017.


Ini bermakna nisbah hutang kepada KDNK telah meningkat menjadi 51.8% pada akhir tahun 2018 dari nisbah 50.7% pada akhir tahun 2017.

Beban hutang jelas MENINGKAT di bawah kerajaan PH dan bukan berkurang seperti jawapan rasmi mereka di dalam Parlimen pagi ini. - Najib Razak

Mahathir kantoi kencing hutang negara turun – Najib Mahathir kantoi kencing hutang negara turun – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...