Lebih RM4.2 juta dibelanjakan untuk bawa masuk BTS – Syed Saddiq


Apa komen artis-artis PH. Korang dapat RM4 juta tak?

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan bahawa pihaknya kini dalam usaha membawa masuk kumpulan K-Pop terkenal, BTS ke Malaysia untuk membuat persembahan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.


Menurutnya, usaha itu turut dilakukan dengan kerjasama Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes.

“Saya telah berjumpa dengan promoter yang berkaitan dengan BTS dan kita sudah di peringkat perbincangan.


“Usaha kami adalah untuk memastikan BTS datang pada tahun 2020, Tahun Melawat Malaysia,” katanya pada sidang media khas sempena Setahun PH di Kementerian Belia dan Sukan, di sini hari ini.

Pada masa sana, Ahli Parlimen Muar itu menjelaskan usaha tersebut dilakukan kerana dilihat sebagai satu pelaburan yang menguntungkan buat negara.


“Industri hiburan Malaysia telah mencatatkan keuntungan kira-kira AS$D4 bilion selain menarik lebih 250,000 pengunjung ketika penganjuran MotoGP, baru-baru ini.

“Contoh lain adalah konsert hiburan terbesar Ed Sheeran di mana berjaya menarik 45,000 pengunjung dan dalam tempoh tiga hari tiket habis dijual. Kejayaan ini telah menarik minat penganjur-penganjur lain,” katanya.


Jelas beliau lain, pihaknya juga komited menjadikan Perbadanan Stadium Malaysia sebagai hab industri hiburan yang bakal memberi pulangan kepada negara.

Sebelum ini, Tony mengeluarkan kenyataan di laman Twitter rasminya bahawa beliau sedang berkerja keras bagi merealisasikan impian BTS Army.


Pencarian lanjut menemukan info untuk membawa kumpulan K-Pop BTS negara perlu mengeluarkan belanja sekurang-kurangnya RM4.2 juta untuk membayar kepada pihak agensi.

Jumlah itu hanya untuk membayar kumpulan itu tidak termasuk perbelanjaan lain seperti penyediaan pentas, pengiklanan dan lain-lain. - SH/AbuLeman




Lebih RM4.2 juta dibelanjakan untuk bawa masuk BTS – Syed Saddiq Lebih RM4.2 juta dibelanjakan untuk bawa masuk BTS – Syed Saddiq Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 24, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...