LAWAK: Najib lukis graf Tabung Harapan vs Hutang Negara



Saya cuba nak buat graf perbandingan menggunakan spreadsheet antara : 
  • Tabung Harapan (RM202 juta)
  • Kenaikkan Hutang Negara sejak akhir 2017 oleh PH (RM98.4 bilion) iaitu dari RM686 bilion masa BN ke RM785 bilion sekarang.
  • Rizab Petronas dijarah oleh PH (RM82 bilion)



Tetapi hasil cubaan ini tidak berapa memuaskan kerana ada sedikit sukar untuk melihat bahagian berwarna biru yang melambangkan derma Raykat kepada Tabung Harapan bila dibanding dengan pinjaman baru PH dan wang Petronas yang mereka angkat.

Saya juga perhatikan ramai yang mempersoalkan ke mana perginya wang derma Tabung Harapan.


Mengikut jawapan terakhir Guan Eng tentang Tabung ini pada bulan Februari lalu, PH masih dalam proses membentuk jawatankuasa yang akan memutuskan penggunaan wang itu. Rujuk di sini.

Maksudnya, wang Tabung Harapan masih di dalam tabung itu dan belum lagi digunakan untuk mengurangkan hutang negara.


Walaubagaimanapun, Guan Eng merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang memberikan sumbangan kepada Tabung Harapan. – Najib Razak

ARTIKEL BERKAITAN:




LAWAK: Najib lukis graf Tabung Harapan vs Hutang Negara LAWAK: Najib lukis graf Tabung Harapan vs Hutang Negara Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 24, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...