Last-last Equanimity jadi port judi je...


Mula-mula kata Equanimity ni bahan bukti, kos selenggara dah bazirkan RM14.5 juta wang rakyat. Tapi yang paling ajaib, belum bicara lagi dan dijual. Last-last jadi port judi je. Ingatkan nak kurangkan lagi pusat judi. Makin bertambah rupanya. Apa kebaikan untuk rakyat tak tahulah.

KUALA LUMPUR – RHB Research mengulangi saranan ‘beli’ ke atas Genting Malaysia Bhd. (Genting) susulan pembelian kapal mewah Equanimity membabitkan sejumlah US$126 juta (US$1=RM4.08), yang melengkapkan perniagaan perjudian dan rekreasi syarikat itu.


Firma penyelidikan itu positif terhadap pembelian itu kerana ia juga dijangka meningkatkan jenama Genting dan meningkatkan volume perjudian VIP.

RHB Research berkata jualan itu menandakan perolehan tertinggi kerajaan dalam kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB), memandangkan jumlah yang ditawarkan oleh Genting merupakan penawaran tertinggi sejak Equanimity ditawarkan pada Oktober 2018.


“Di samping itu, perjanjian berkenaan dirunding terus dengan kerajaan dan menjimatkan anggaran US$4.4 juta. Pembelian itu juga dijangka menjimatkan kerajaan daripada membayar RM2.0 juta sebulan dalam bentuk kos penyelenggaraan,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

RHB Research berkata pembelian Equanimity akan membolehkan Genting membezakan dirinya daripada pesaing dengan kelebihan unik dalam perniagaan perjudian.


“Jumlah awal yang dilaporkan untuk membeli kapal layar itu ialah US$250 juta, dengan kemasan dalaman daripada marmar, spa dan sauna, kolam renang 20 meter, teater dan helipad.

“Kami percaya kemudahan Equanimity akan menarik pelanggan VIP, s elain penawaran mewah yang sedia ada di Genting, antara lain, hotel lima bintang di Resorts World Genting, jet peribadi dan helikopter.


“Berdasarkan semakan kami, Equanimity dapat menampung sehingga 22 penumpang, tidak termasuk krew,” katanya.

RHB Research menurunkan harga unjuran pendapatan tahun kewangan 2019-2021 sesaham sebanyak tiga peratus untuk mengambil kira perbelanjaan susut nilai dan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi untuk Equanimity.


Ia menyemak semula harga sasaran kepada RMR3.90 dengan risiko penurunan utama kepada saranan itu termasuk turun naik faktor keberuntungan, kemungkinan larangan merokok di kasino, dan sebarang rintangan lain sebelum pembukaan taman tema luar.

Pada penutupan sesi pagi hari ini, saham Genting susut empat sen kepada RM3.24, dengan 2.69 juta saham diurus niaga. - Bernama

Last-last Equanimity jadi port judi je... Last-last Equanimity jadi port judi je... Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...