Lantik MB hak mutlak Sultan Johor, bukan Mahathir



KUALA LUMPUR 10 April - Sultan Johor mempunyai hak mutlak untuk melantik Menteri Besar negeri itu dan bukan parti pemerintah.

Peguam dan pakar undang-undang, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, ia termaktub dalam Perkara 4(2)(a) Bahagian Kedua Perlembagaan Negeri Johor.



“Perdana Menteri dan parti pemerintah boleh mencadangkan beberapa nama untuk menggantikan Menteri Besar Johor tetapi hanya Sultan Johor yang berhak melantik.


“Sultan berada di atas parti pemerintah. Semua negeri begitu,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.



Hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa parti pemerintah yang berhak melantik Menteri Besar Johor baharu dan bukannya sultan, susulan kritikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap Pakatan Harapan dalam isu itu semalam.


Sementara itu, Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali berkata, pandangan Dr. Mahathir itu mungkin didasarkan kepada pengalaman beliau selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri bawah Barisan Nasional (BN) dahulu di mana kedudukan kerajaannya sangat kuat sehingga istana akur kepada calon parti pilihan pemerintah.



“Namun sejak pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak, terdapat beberapa keadaan di mana sultan tegas menurut kuasa budi bicara baginda misalnya yang berlaku tahun 2008 di Terengganu di mana Sultan enggan menerima Datuk Seri Idris Jusoh sebagai calon Menteri Besar pilihan kerajaan, sebaliknya memilih Datuk Seri Ahmad Said, ADUN Kijal.


“Dalam kes Menteri Besar Johor sekarang, Sultan Johor mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik seorang Menteri Besar yang pada pandangan baginda mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan,” katanya. - UO


ARTIKEL BERKAITAN : Jangan sibuk campur urusan Johor, Sultan Johor warning Mahathir


Lantik MB hak mutlak Sultan Johor, bukan Mahathir Lantik MB hak mutlak Sultan Johor, bukan Mahathir Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 10, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...