‘Langkah mayat saya dahulu sebelum cuba singkir PM’


Baru letak tangan atas bahu tisu dah koyak. Langkah mayat?

KUALA LUMPUR 5 April - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad susulan keputusan kerajaan menarik diri dalam Statut Rom bagi Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).


Sambil membidas pihak yang melabelkan Dr. Mahathir sebagai ‘pengkhianat’ berhubung penyertaan negara dalam Statut Rom, Syed Saddiq turut berdiri teguh di belakang Perdana Menteri mentadbir negara.

Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Muda Bersatu (Armada) malah menggelar pihak yang mahu menyingkirkan Dr. Mahathir sebagai pengecut.


“Saya berdiri teguh bersama Dr. Mahathir. Sesiapa yang menggelarkan beliau ‘pengkhianat’ kerana menandatangani Statut Rom dan mahu menyingkirkannya secara tidak demokratik benar-benar pengecut.

“Langkah mayat saya dahulu sebelum anda mahu menyingkirkan Perdana Menteri kita. Perdana Menteri Malaysia,” katanya dalam akaun Twitter miliknya hari ini.


Kerajaan akhirnya memutuskan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rom ICC yang telah ditandatangani pada 4 Mac lalu setelah mengambil kira bantahan pelbagai pihak termasuk Majlis Raja-Raja.

Jelas Perdana Menteri, bantahan itu berlaku kerana mereka tidak memahami isi kandungan statut berkenaan sehingga bertindak memburukkan kerajaan dan dirinya. - UO

‘Langkah mayat saya dahulu sebelum cuba singkir PM’ ‘Langkah mayat saya dahulu sebelum cuba singkir PM’ Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...