KM P.Pinang koyak letak telefon ketika sesi interview bersama stesen radio



Ini pengakhiran wawancara stesen radio BFM pagi ini di mana Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow terpaksa mempertahankan kos RM46 bilion (boleh sampai ke RM70 bilion) projek PTMP Pulau Pinang yang dirancang oleh Menteri Kewayangan kita.

Jom, kita dengar. Terus end call! (video di bawah)



Memang susah untuk pertahankan projek kepentingan kroni bernilai berpuluh-puluh bilion Ringgit yang ditinggal kepada Chow untuk uruskan.

Macam mana nak pertahankan projek di mana kos satu lebuhraya dari PTMP itu yang panjangnya 19.5km sudah RM9.6 bilion ataupun hampir RM500 juta satu km?



(Chow masih tegas bahawa kos hanya RM7.5 bilion iaitu RM385 juta satu km).

Macam mana nak pertahankan lebuhraya ini jika manfaat utama hanyalah untuk mengurangkan masa perjalanan dari projek kondo mewah kroni bernilai RM15 bilion di persiaran Gurney ke lapangan terbang dari 30 minit ke 15 minit?



Saya pernah berulang kali tanya Chow tetapi dia tidak menjawab.

Adakah pihak yang mendapat manfaat utama lebuhraya PIL ini ialah syarikat konsesi terowong yang sedang membina projek rumah mewah di hujung lebuhraya itu?



Syarikat terowong milik 100% swasta itu diberi tanah oleh kerajaan DAP untuk membina projek kondo mewah dengan GDV bernilai RM15 bilion.

Tapi Chow tidak pernah berani jawab.



Saya harap media yang lain boleh tujukan soalan yang sama kepada Chow jika ada peluang.

Pelik juga tak ada berita dengan tajuk "CM loses his cool" di mana-mana media tempatan. - Najib Razak



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

KM P.Pinang koyak letak telefon ketika sesi interview bersama stesen radio KM P.Pinang koyak letak telefon ketika sesi interview bersama stesen radio Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 19, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...