Kerajaan tetap akan ratifikasi Statut Rome – Saifuddin


Kepala hotak, ada hati lagi nak cuba ratifikasi Statut Rome...

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri berkata kerajaan masih belum mengalah dalam usaha meratifikasi Statut Rom Jenayah Mahkamah Antarabangsa (ICC) meskipun terdapat pihak yang cuba memanipulasi perjanjian tersebut.



“Jalan mati buat ICERD, tapi Statut Rom, kita akan lihat bagaimana (kesudahannya) nanti,” kata menterinya, Saifuddin Abdullah dalam satu sidang media di Wism Putra, semalam.

Beliau berkata, kementeriannya akan mendedahkan usaha pihak terbabit yang menakut-nakutkan masyarakat dengan menyebarkan fakta yang salah mengenai perjanjian itu.



“Termasuk professor kangkung. Malah sampai sekarang, mereka masih belum tampil membela diri,” katanya tanpa menamakan mana-mana individu.

Oleh itu, katanya, kementeriannya akan sentiasa mengkaji cara untuk memberi penjelasan yang terbaik kepada masyarakat sebelum meratifikasi mana-mana konvensyen antarabangsa.



“Kita akan lebih berhati-hati dan teliti bagaimana kita berkomunikasi,” katanya.

Terdahulu, sekumpulan aktivis pelajar mendedahkan imej satu dokumen yang dikemukakan kepada Raja-raja Melayu yang menurut mereka mungkin bertanggungjawab menggagalkan langkah kerajaan meratifikasi Statut Rom.



Imej yang didedahkan pelajar berkenaan dikatakan menunjukkan kandungan satu memorandum 10 halaman yang disediakan oleh 4 ahli akademik yang menggariskan peranan dan fungsi Yang di-Pertuan Agong serta liabiliti baginda di bawah Statut Rom.

Empat penulisnya mendakwa, ratifikasi Statut Rom akan menyebabkan Agong boleh didakwa di Mahkamah Jenayah Antarbangsa atas peranan baginda sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.



Menurut mereka, Agong memegang tanggungjawab operasi sebagai pemerintah tertinggi tentera, melampaui peranan baginda sebagai ketua lambang atau istiadat.

Awal bulan lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memaklumkan kerajaan menarik diri daripada meratifikasi Statut Rom yang ditandatangani 4 Mac. - FMT



ARTIKEL BERKAITAN:


Kerajaan tetap akan ratifikasi Statut Rome – Saifuddin Kerajaan tetap akan ratifikasi Statut Rome – Saifuddin Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 23, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...