KERAjaan PH umum cuti Good Friday



Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui satu surat telah mengumumkan pemberian cuti tanpa rekod sempena sambutan Good Friday bagi Pegawai Perkhidmatan Awam yang menganut agama Kristian.

Cuti selama satu hari itu bagaimanapun hanya untuk mereka yang beragama Kristian sahaja.


Bagaimanapun, cuti tanpa rekod tidak terpakai bagi mana-mana Pegawai Perkhidmatan Awam di negeri-negeri dimana Hari Good Friday sudah disytiharkan sebagai hari kelepasan am.

Good Friday adalah cuti umum yang membenarkan penganut Kristian mengingati hari yang menurut Bible, Jesus mati disalib. Ia disambut pada hari Jumaat sebelum Easter.


Malaysia mempunyai populasi Kristian yang kecil dengan hanya lebih sembilan peratus daripada warganegara menganut agama Kristian pada bancian 2010. Walaupun begitu, di Sabah, 30% penduduknya adalah penganut Kristian.

Di United Kingdom, Good Friday merupakan cuti umum di negara tersebut kerana agama Kristian adalah AGAMA RASMI negara berkenaan. - msentral/KPKM/AbuLeman

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak cuti, macam mana nak maju? – PM





















KERAjaan PH umum cuti Good Friday KERAjaan PH umum cuti Good Friday Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 18, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...