KERAjaan PH disaman RM139 bilion batal Melaka Gateway



Kerajaan PH kena saman untuk bayar ganti rugi RM139 bilion kepada Syarikat (60% milik tempatan dan 40% milik syarikat China) yang memajukan projek Melaka Gateway.

Kerajaan PH ini amat pelik.


Bulan Mei 2018, Ketua Menteri PH Melaka Adly Zahari dipetik baru-baru sebagai berkata bahawa projek-projek pelabuhan Melaka Gateway amat penting untuk pembangunan negeri dan bakal membawa Melaka kembali ke zaman kegemilangan kesultanan Melaka. Rujuk di sini.

Bulan Jun 2018, Ketua Menteri Melaka sekali lagi berkata bahawa pelabuhan Melaka Gateway adalah fokus kerajaan negeri untuk membangunkan ekonomi. Rujuk di sini.


Bulan September 2018, kerajaan PH Melaka memberi kelulusan untuk meneruskan projek Melaka Gateway. Rujuk di sini.

Bulan September 2018 yang sama, Menteri Ekonomi Azmin Ali kata projek Melaka Gateway adalah baik dan penting untuk ekonomi negara. Rujuk di sini.


Tetapi pada bulan Oktober 2018 pula, kerajaan PH batalkan lesen pelabuhan untuk Melaka Gateway.

Oleh itu, hari ini kerajaan PH disaman untuk bayar ganti-rugi sebanyak RM139 bilion. Rujuk di sini.


Projek pembangunan ekonomi penting dengan pelaburan berpuluh bilion Ringgit untuk negara yang melibatkan ribuan pekerjaan pun boleh dijadikan benda untuk main-main sahaja oleh kerajaan PH.

Masih lagi nak harap pelabur untuk labur dalam Malaysia ke? - Najib Razak




Pemaju fail semakan keputusan menteri, tuntut ganti rugi RM139b

Pemaju projek bersepadu pelabuhan laut dalam, Melaka Gateway hari ini memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang membatalkan lesen operasi pelabuhan yang diberikan kepada syarikat itu.

Lesen itu sebelum ini diberikan kepada KAJ Development Bhd oleh kerajaan persekutuan pada bulan Mac 2018, iaitu dua bulan sebelum pilihan raya umum ke-14, yang menyaksikan perubahan kerajaan.


Pemaju itu juga memohon perintah certiorari untuk melupuskan pembatalan lesen dan perintah mandamus untuk memaksa Loke menjawap rayuan mereka dalam tempoh 14 hari dari perintah mahkamah.

Menurut theedgemarkets.com, KAJ Development memohon ganti rugi am berdasarkan nilaian mahkamah, dan ganti rugi khas sebanyak RM139 bilion.


Pemaju itu menamakan Lembaga Pelabuhan Melaka, Loke dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Menurut permohonan itu, syarikat berkenaan berkata ia menerima surat bertarikh 5 Okt tahun lalu memaklumkannya mengenai pembatalan tersebut.


Rayuan telah difailkan melalui surat kepada Loke pada 14 November, tetapi KAJ Development tidak menerima sebarang jawapan.

KAJ Development, yang mengemukakan permohonannya untuk mengendalikan projek Gateway Melaka sejak Januari 2014, berkata projek itu akan menarik pelancong, membangunkan industri maritim dan menyumbang kepada ekonomi negara.


Syarikat itu juga mendakwa bahawa ia berjaya menarik minat daripada Royal Caribbean Cruises Ltd serta tiga syarikat yang berpangkalan di China.

Berdasarkan alasan-alasan ini, laporan tersebut menyatakan bahawa KAJ Development sedang memohon kebenaran untuk merit penuh permohonan dibicarakan.


Syarikat itu juga memohon perintah bahawa keputusan Loke menolak rayuan mereka dalam membatalkan lesen dengan tidak membalas surat rayuan pada 15 Disember, tidak mengikut undang-undang.

Ia mendakwa bahawa tindakan tersebut juga bertentangan dengan kewajipan statutori menteri dan oleh itu pembatalan lesen adalah terbatal dan tidak sah.


Kes itu disebut di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Nordin Hassan hari ini.

Hakim kemudian menetapkan 24 April untuk keputusannya. KAJ Development diwakili oleh Mohd Haniff Khatri Abdulla, yang juga pernah mewakili Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. - MK

KERAjaan PH disaman RM139 bilion batal Melaka Gateway KERAjaan PH disaman RM139 bilion batal Melaka Gateway Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 02, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...