Kempen guna kanak-kanak, saya tidak tahu – Pengerusi SPR



Kanak-kanak tak patut digunakan untuk kempen PRK. Lagipun pada waktu malam di atas pentas ceramah.

Ini bukan sahaja tidak beretika tetapi jelas melanggar undang-undang. - Najib Razak




Mohon sangat sangat jentera hebat PKR bawah Anwar Ibrahim dan MB yg "terhebat" untuk lebih hati hati... semalam di Taman Orkid pentas kempen PH menggunakan kanak - kanak kecil dalam program kempennya... ini sudah tentu akan jadi bahan serangan pesaing...

Janganlah sia siakan usaha rakan rakan yang datang dari seluruh negara. - Chegubard




PRK Rantau: Dakwaan guna kanak-kanak berkempen, SPR tidak terima laporan - Azhar

PUTRAJAYA: Tindakan parti politik yang didakwa menggunakan kanak-kanak untuk berkempen di Pilihan Raya Kecil Rantau perlu dirujuk di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan @ Harun.


Menurut Azhar, beliau tidak boleh mengulas panjang memandangkan pihak SPR tidak menerima sebarang laporan atau maklumat mengenai kejadian itu.

"Saya tak tahulah kalau di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak, ia merupakan satu kesalahan (berkempen guna kanak-kanak), saya kurang pasti," katanya pada sidang media di Menara SPR, di sini hari ini.


Azhar berkata demikian menjawab soalan wartawan berhubung penularan beberapa keping gambar di media sosial menunjukkan kempen calon Pakatan Harapan (PH) pada PRK DUN Rantau menggunakan sekumpulan kanak-kanak.

Difahamkan, perkara itu berlaku semasa berlangsungnya ceramah politik parti Pakatan Harapan, semalam.


Ditanya berhubung masih ada lagi parti politik yang dilihat mengamalkan pemberian makanan terutama mengadakan kenduri-kendara ketika berkempen, Azizan berkata kenyataan mengenai larangan terhadap perkara itu telah banyak kali dibuat.

Katanya, larangan itu jelas kerana kesalahan tersebut disenaraikan di bawah Seksyen 8 Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya.


"Mengenai kenduri-kendara itu, saya dah buat kenyataan yang banyak mengenai kesalahan pilihan raya yang dinamakan 'treating' di bawah Seksyen 8 Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya.

"Jadi tak perlulah saya ulang dah banyak kali saya nyatakan perkara tersebut.


"Saya syorkan kepada pihak media kalau ingin ketahui lebih lanjut berkenaan Seksyen 8 ini, perlu ditemu duga peguam-peguam yang terkenal mengenai skop Seksyen 8 itu," kata Azhar. - AA

SPR sekarang ni macam lembab je. Semua tak tahu. Semua tak pasti. Alasan tiada laporan. Kerja tunggu laporan je ke? Mesyuarat Umno tahu pula datang pantau, siap suruh henti mesyuarat lagi.



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
















Kempen guna kanak-kanak, saya tidak tahu – Pengerusi SPR Kempen guna kanak-kanak, saya tidak tahu – Pengerusi SPR Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...