Kelantan larang gantung gambar Mahathir



Satu surat rasmi dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan menjadi tular memanaskan media sosial sejak semalam.

Surat yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Kelantan, Dato' Adnan Hussin itu merupakan arahan tentang penggantungan gambar rasmi Kerajaan Negeri Kelantan.


Menurut surat itu hanya empat gambar sahaja yang dibenarkan untuk digantung di premis Kerajaan Negeri Kelantan.

Empat gambar yang dimaksudkan adalah gambar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, gambar Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, gambar Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra Ibni Al Marhum Sultan Yahya Petra dan gambar Yang Amat Berhormat Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan.


Hanya empat gambar ini sahaja yang dibenarkan untuk digantung yang mana menjadikan gambar Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad akan diturunkan serta merta berkuat kuasa 1 April 2019.

Bukan rahsia lagi, beberapa Raja-Raja Melayu dan Sultan tidak 'sebulu' dengan Perdana Menteri sedia ada atas beberapa isu yang mungkin berkait dengan pengurangan kuasa Raja-Raja yang berlaku pada tahun 1993.


Sultan Kelantan pernah menarik semula pingat yang diberikan kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu namun tidak menyatakan mengapa sebabnya.

Sultan Kelantan juga meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertuan Agong lebih awal dari yang sepatutnya selepas beberapa bulan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mentadbir negara. - AbuLeman




Kelantan larang gantung gambar Mahathir Kelantan larang gantung gambar Mahathir Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 02, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...