Kakitangan SPAD tampil dedah dikencing kali kedua



PH semakin keterlaluan.

Ada siapa lagi bekas staf SPAD yang menghadapi isu sama, ditindas Anthony Loke?

Kongsi dengan saya.


Apa gunanya PH sembang Youth Power?

Harimau Asia?

Pakatan Harapan rakyat?

KENCING! - Najib Razak








DS Najib telah kongsikan satu posting di mana dahulunya kekaitangan SPAD yang diberhentikan kononnya akan diserap masuk ke JPJ.

Itulah janji Pakatan Harapan sewaktu rakyat mengecam PH akan pemberhentian kakitangan SPAD.



Namun apabila keadaan sudah reda dan isu itu bukan lagi menjadi perhatian rakyat, semua kakitangan SPAD diberhentikan.

Tiada laporan oleh media kerajaan. Senyap-senyap mereka hentikan semua kakitangan SPAD.



Kini salah seorang kakitangan SPAD ditawarkan bekerja. Namun apa yang menyedihkan, beliau yang berkelayakan ijazah ditawarkan jawatan yang hanya memerlukan kelayakan SPM sahaja.

Menambahkan garam di luka lagi apabila lokasi pekerjaan itu pula adalah di Sarawak, bukan di Semenanjung.



Jelas, dua kali kakitangan SPAD dikencing, pertama janji untuk diserap ke JPJ dan kedua tawaran yang bukan seperti dijanjikan bahkan dihantar jauh dari kediaman.

Namun DS Najib terlalu baik. Screenshot yang beliau kongsikan di fb beliau telah ditutup nama dan gambar.



Padahal individu tersebut dahulu merupakan seorang macai PH yang kerap memfitnah dan bergembira dengan kejatuhan BN pada PRU14 lalu.

Pun begitu, mungkin beliau sudah insaf dan tersedar dari kesalahan. Tidak mengapalah, siapa sahaja yang tidak melakukan kesalahan?



Tetapi yang peliknya macai-macai PH yang lain masih lagi berenang dalam air kencing menteri-menteri.

Entah tidak tahu bila akan sedar yang air kencing itu sebenarnya telah masuk ke dalam mulut dan anak tekak mereka ketika menyelam. – AbuLeman










Kakitangan SPAD tampil dedah dikencing kali kedua Kakitangan SPAD tampil dedah dikencing kali kedua Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 20, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...