Kabinet baru nak bincang bayaran hibah TH esok


UPDATE TERKINI: Gila babi rendah hibah TH 1.25% je

Kita check balik apa Mujahid dan PH cakap ya.

Dec 2018: Insya-Allah, hibah akan diberi seperti biasa! Masalah sudah settle.

14 Feb: Hibah diumum Mac ini.

Mac: .... krik krik krik....



1 Apr: Belum tiba masa umum. Kita ada kekangan. Masalah belum settle.

4 Apr: Esok 5 Apr baru Kaninet nak bincang

April Fool ke apa ini?

Jangan-jangan ni tunggu nak umum sehari dua sebelum hari mengundi Rantau. – Najib Razak





Mesyuarat jemaah menteri esok yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan membincangkan isu-isu berkaitan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH), termasuk cadangan pelan penstrukturan dan pemulihan semula lembaga itu.

Pembayaran hibah juga akan diumum dalam tempoh terdekat selepas mesyuarat.



“Kabinet akan membincangkan secara terperinci isu berkaitan kedudukan kewangan dan perkara-perkara bersangkutan dengannya, termasuk kemampuan TH membayar hibah kepada pendeposit.

“TH akan membuat pengumuman dalam tempoh terdekat selepas Jemaah Menteri membuat keputusan,” katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.



Perdana Menteri menjawab pertanyaan oraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang bertanyakan bila kerajaan akan mengumumkan bayaran hibah kepada 9.3 juta pendeposit TH.

Menurut Noraini, berdasarkan rekod lima tahun ke belakang, TH akan mengumumkan kadar hibah pada Februari, namun sehingga kini pengumuman mengenainya masih belum dibuat sehingga menimbulkan kegelisahan dalam kalangan pendeposit.



"Saya akan jelaskan perkara ini selepas mesyuarat jemaah menteri memutuskannya. Tetapi hakikatnya yang diketahui umum ialah terdapat pencurian oleh pengurusan TH yang banyak.

"Sudah tentu menjejaskan kebolehan kita memberi pulangan kepada penyumbang TH," kata Dr Mahathir. - MK



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]



Satu ketika dahulu Hibah TH lambat beberapa hari pun Mujahid sudah menyalak, padahal masih Januari lagi. Hari ini sudah masuk April pun masih tak umum. Hancing..!!

Kabinet baru nak bincang bayaran hibah TH esok Kabinet baru nak bincang bayaran hibah TH esok Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 04, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...