Jururawat cedera kipas sekolah tercabut, Maszlee mana?


Kejadian berlaku di sekolah. Maszlee mana? Setakat datang sekolah berselfie baik tak payah. Sekolah cina, sekolah swasta diberi peruntukan berjuta-juta. Sekolah kebangsaan diabaikan. Tak pasal-pasal akak misi cedera. Bagaimana jika jatuh kena murid sekolah?

JOHOR BAHRU 20 April - Malang tidak berbau apabila seorang Penolong Perkhidmatan Kesihatan (PPK) wanita cedera selepas kipas siling tercabut dan terjatuh ke atasnya ketika melakukan tugas Perkhidmatan Pergigian Sekolah (PPS) di Sekolah Kebangsaan Taman Damai Jaya, Skudai, dekat sini Selasa lalu.


Tiga keping gambar berhubung kejadian itu tular dalam laman sosial sejak semalam menunjukkan muka jururawat pergigian berlumuran darah selain bilah kipas yang tercabut.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik, kejadian itu berlaku ke atas seorang petugas PPK dari Klinik Pergigian Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), Skudai.


Susulan itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Selahuddeen Abd. Aziz mengesahkan kejadian itu menimpa petugas PPK Selesa lalu.

"Saya ada terima mengenai perkara ini, mangsa merupakan seorang Penolong Perkhidmatan Kesihatan (PPK) dari Klinik Pergigian Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), Skudai.


"Bagaimanapun kecederaan yang dialami petugas ini tidaklah serius dan sudah menerima rawatan di Unit Pesakit Luar, beliau juga turut diberikan cuti lanjutan sehingga benar-benar sembuh," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selahuddeen berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila satu daripada bilah kipas siling dalam bilik rawatan berkenaan tercabut lalu terkenan badan petugasnya itu.


"Dimaklumkan, keadaan kipas dalam bilik itu sudah usang dan satu daripada bilahnya tercabut. Bukan satu kipas jatuh dan hempap petugas ini seperti yang ditularkan.

"Buat masa ini, pegawai saya juga sudah berjumpa dengan mangsa dan kita akan buat satu siasatan kerana ia melibatkan keselamatan kakitangan kami," katanya. - UO









Jururawat cedera kipas sekolah tercabut, Maszlee mana? Jururawat cedera kipas sekolah tercabut, Maszlee mana? Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 20, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...