Jika perjanjian antarabangsa bagus, mengapa rakyat Palestin masih dizalimi? - TMJ



KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus mempersoalkan kewajaran memeterai perjanjian antarabangsa, selepas kerajaan Malaysia menarik diri daripada  meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Menerusi akaun Twitter rasmi miliknya, Tunku Ismail menggunakan hujah keberkesanan perjanjian antarabangsa yang dipersetujui banyak negara namun kekejaman berterusan masih dialami rakyat Palestin.



“Jikalau perjanjian antarabangsa ini semua bagus, apa yang sedang berlaku kepada Palestin dan rakyat Palestin tidak akan berlaku,” kata Tunku Ismail pada Sabtu.

Tweet yang bermaksud sama juga dimuat naik dalam bahasa Inggeris.



Beliau sebelum ini lantang mempertikai kewajaran Malaysia menyertai Statut Rom yang dikhuatiri boleh menggugat kedudukan Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah tertinggi di negara ini.

Jelasnya, kerajaan Malaysia telah membelakangnya Majlis Raja-Raja dan perlembagaan apabila instrumen berkaitan ratifikasi Statut Rom ditandatangani.



Namun begitu, apabila timbul bangkangan daripada pelbagai pihak mengenainya, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sidang akhbarnya pada Jumaat mengumumkan Malaysia menarik diri daripada Statut Rom itu. - AA



ARTIKEL BERKAITAN :

Jika perjanjian antarabangsa bagus, mengapa rakyat Palestin masih dizalimi? - TMJ Jika perjanjian antarabangsa bagus, mengapa rakyat Palestin masih dizalimi? - TMJ Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 07, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...