Istana Pahang tarik balik gelaran rakan selfie Guan Eng



KUALA LUMPUR – Istana Pahang hari ini menarik balik gelaran ‘Datuk Seri’ yang dianugerahkan kepada Pengarah Urusan, G Global Media Sdn. Bhd., M. Gnanaraja.

Perkara itu dimaklumkan menerusi sekeping surat rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang ditandatangani Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.


Menurut kandungan surat itu, kurniaan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-83 pada 19 Mac 2014 kepada M. Gnanaraja ditarik balik dan dibatalkan dengan serta-merta.

Dengan penarikan semula darjah kebesaran itu M. Gnanaraja tidak dibenarkan untuk mengguna pakai gelaran datuk seri di dalam sebarang urusan.


Malah, beliau juga perlu mengembalikan semula darjah kebesaran tersebut ke Bahagian Istiadat dan Pengurusan Majlis Rasmi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang untuk tindakan selanjutnya oleh pihak pentadbiran.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan sebab penarikan semula gelaran berkenaan di dalam surat itu. – MalaysiaGazette



ARTIKEL BERKAITAN : Rakan selfie esok, Guan Eng bila pula akan didakwa? – Najib



Istana Pahang tarik balik gelaran rakan selfie Guan Eng Istana Pahang tarik balik gelaran rakan selfie Guan Eng Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 03, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...