Hibah TH umum sehari dua sebelum mengundi Rantau? – Najib



Kita check balik apa Mujahid cakap ya.

Dec 2018: Insya-Allah, hibah akan diberi seperti biasa! Masalah sudah settle.

14 Feb: Hibah diumum Mac ini.


Mac: .... krik krik krik....

1 Apr: Belum tiba masa umum. Kita ada kekangan. Masalah belum settle.

Kekanda, April Fool ke apa ini?

Jangan-jangan ni tunggu nak umum sehari dua sebelum hari mengundi Rantau.




Belum tiba masa umum hibah TH

KUALA LUMPUR: Bayaran hibah bagi tahun kewangan 2018 kepada pendeposit Tabung Haji (TH) akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata pihaknya akan memastikan imbangan aset dan tabungan diselesaikan terlebih dahulu sebelum hibah diisytiharkan.


Ini kerana, katanya, hibah sebelum ini menyalahi undang-undang mengikut Akta Lembaga Tabung Haji 1985.

“Kita mahu memastikan pemberian hibah kepada pendeposit TH menepati Akta Lembaga Tabung Haji 1995,” katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, di Dewan Rakyat, hari ini.


Sebelum ini, Mujahid dilaporkan berkata bayaran hibah bagi tahun 2018 kepada pendeposit TH dijangka diumumkan pada Mac.

Sementara itu, Mujahid berkata TH sudah memulihkan imbangan aset apabila nilai asetnya mencatatkan RM76.5 bilion berbanding liabiliti sebanyak RM75.5 bilion setakat Disember 2018.


Katanya, sebelum ini TH mula melaksanakan pelan menyeluruh bagi memulihkan penyata kira-kira yang mencatatkan defisit lebih RM4.1 bilion.

Beliau berkata, pencapaian itu adalah hasil kejayaan daripada pemulihan dan penstrukturan semula agensi berkenaan tahun lalu.


Beliau turut menegaskan Syarikat Tujuan Khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan tidak menjejaskan kepentingan pendeposit Tabung Haji (TH).

“Penubuhan SPV yang diuruskan oleh Prokhas Sdn Bhd yang juga anak syarikat Kementerian Kewangan Diperbadankan untuk membantu mengambil alih aset TH yang didakwa tidak membawa keuntungan,” katanya. - BH

Hibah TH umum sehari dua sebelum mengundi Rantau? – Najib Hibah TH umum sehari dua sebelum mengundi Rantau? – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 02, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...