Hibah, bonus TH 2018 hanya 2.08% sahaja


Jika kerajaan PH tidak membuat creative accounting saat terakhir, kadar Hibah termasuk bonus Tabung Haji paling tinggi untuk tahun 2018 yang boleh diisytiharkan ialah 2.08% sahaja.

Ya, Hibah TH 2.08%.


Ini telah didedahkan secara tidak sengaja oleh Menteri Kekanda kita pada hari Isnin.

Hari itu, dia mendakwa selepas aset dipindah kepada SPV, TH sudah memulihkan imbangan aset apabila nilai asetnya mencatatkan RM76.5 bilion berbanding liabiliti sebanyak RM75.5 bilion setakat Disember 2018 - iaitu kelebihan RM1 bilion.


Ini bermakna jumlah dana yang boleh diagihkan untuk membayar hibah untuk tahun 2018 adalan kurang dari RM1 bilion iaitu sekitar RM930 juta kerana akta TH tidak membenarkan jumlah nilai aset TH jatuh di bawah liabiliti. Rujuk di sini.

Untuk tahun 2017, TH menggunakan dana sebanyak RM2.7 bilion untuk membayar Hibah serta bonus sebanyak 6.25%. Rujuk di sini.


Memandangkan lebihan dana untuk tahun 2018 hanya 1/3 dari jumlah RM2.7 bilion yang dibayar untuk hibah 2017, maka Hibah serta bonus TH untuk tahun 2018 juga hanya 1/3 dari kadar untuk tahun 2017 - iaitu paling tinggi pada kadar 2.08%.

Itupun bergantung kepada juruaudit untuk membenarkan penilaian semula SPV yang bear itu digunakan kerana SPV itu tidak dijamin oleh kerajaan.


Jika juruaudit tidak membenarkan, maka TH akan dalam defisit dan tidak ada Hibah untuk tahun 2018.

Kita tahu bahawa jumlah nilai saham di Bursa Malaysia sudah jatuh RM270 bilion pada tahun 2018 selepas indeks Bursa menjunam selepas PH menang.


Kita semua maklum bahawa nilai aset Khazanah sudah jatuh RM25 bilion pada tahun lepas akibat kejatuhan saham ini

Macam mana pula nilai aset TH tidak akan mengalami sebarang penurunan juga memandangkan 53% dari aset TH dilabur di dalam pasaran saham?


Sudah tentu, TH telah mengalami kerugian nilai yang besar tahun lepas walaupun Menteri jaga agama tidak pernah sekalipun mengaku tetapi hanya cuba berulang-kali untuk mempersalahkan BN.

Tetapi, kerajaan ada satu jalan lagi tetapi agak berbahaya untuk masa yang akan datang - iaitu menukar sistem perakaunan kepada Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 9 (MFRS 9) untuk tahun 2018.


Sistem MFRS 9 berbeza dengan sistem MFRS 136 yang digunakan oleh TH sebelum ini kerana di bawah sistem MFRS 9, TH tidak perlu lagi untuk mengiktiraf sebarang rosot nilai ke atas pegangan ekuiti tersenarainya.

Jika TH tidak lagi ambil kira rosot nilai untuk nilai saham pada tahun lepas, maka lebihan dana yang boleh diagihkan untuk membayar dividen akan lebih besar dari RM1 bilion sekarang.


Maka kadar Hibah dan bonus TH untuk tahun 2018 boleh dinaikkan melebihi 2.08% yang dibenarkan pada masa ini.

Jika lebih tinggi dari 2.08% maka "magic" sudah berlaku dan masa depan TH terancam.

Kita tengok dan lihat. - Najib Razak




Hibah, bonus TH 2018 hanya 2.08% sahaja Hibah, bonus TH 2018 hanya 2.08% sahaja Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 04, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...