Haram solat berimamkan golongan Syiah





Soalan:

BARU-BARU ini, saya solat di surau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Saya dapati seorang lelaki bermazhab Syiah sedang solat Zuhur dan Asar secara jamak qasar. Bolehkah saya solat berimamkan seorang yang bermazhab Syiah?


Jawapan: 

Oleh: Oleh Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim

Tidak dinafikan mazhab Syiah tidak diterima untuk diamalkan di Malaysia bertujuan untuk menghalang rakyat Malaysia khususnya beragama Islam daripada terpengaruh dengan ideologi mazhab itu yang banyak terpesong daripada landasan syariat Islam.


Oleh itu, soalan yang dikemukakan ini sangat bermanfaat untuk dikongsikan bersama, insya-Allah. Sebelum hukum solat di belakang mereka ditentukan, maka tidak dapat tidak kita perlu mengetahui mazhab mereka secara umum.

Syiah terbahagi kepada banyak mazhab. Ada pandangan mereka yang hampir dengan pandangan empat mazhab dan ada yang terpesong jauh daripada kehendak syariat Islam.


Ini adalah disebabkan iktikad mereka yang telah terkeluar daripada Islam akibat pegangan mereka yang menghina sahabat seperti Abu Bakar dan Umar.

Bagaimanapun, adalah tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa solat di belakang imam Syiah tidak dibenarkan sehinggalah kita benar-benar yakin terhadap mazhab dan pegangan imam yang berada di hadapan kita itu.


Perkara ini telah dibincangkan oleh tokoh agama terkemuka dunia seperti bekas Mufti Arab Saudi, Shikh Abdul Aziz bin Baz, Dr Muhammad Said Ramadan al-Buty, Shikh Kurayyim Rajih dan ramai lagi.

Semua mereka melarang seseorang bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah solat berimamkan imam Syiah.


Dikhuatiri pegangan golongan Syiah itu menyimpang daripada ajaran Islam sehingga menyebabkan mereka murtad.

Seperti yang kita ketahui, solat orang yang telah murtad adalah tidak sah selagi dia tidak bertaubat. Oleh itu, sebagai jalan selamat, ulama menyarankan supaya tidak solat di belakang seorang yang bermazhab Syiah. - BH



ARTIKEL BERKAITAN : Gambar Mat Sabu solat dengan 'Batu Karbala' tular
Haram solat berimamkan golongan Syiah Haram solat berimamkan golongan Syiah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 30, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...