Had harga petrol RON95 dihapuskan, tiada lagi subsidi




Seperti yang saya jangka dan telah tulis beberapa kali dahulu.

Harga RON95 akan naik tidak lama lagi. - Najib Razak





PUTRAJAYA, 23 April — Kerajaan akan menghapuskan had harga atau ‘price cap’ harga petrol RON95 apabila subsidi Bantuan Sara Hidup (BSH) dikuatkuasakan.

Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu masih belum ditetapkan, lapor Star Online.



“Kita ada dua pilihan. Namun Kabinet belum memutuskan perkara ini lagi.

“Kita juga akan menentukan sama ada subsidi yang disasarkan bakal dibuat berdasarkan harga semasa atau pada sistem harga apungan,” katanya kepada pemberita.



Februari lalu, kerajaan mengumumkan bahawa harga RON95 dihadkan pada RM2.08 bagi semua pengguna tanpa mengira sebarang kenaikan harga minyak global. - ProjekMM

ARTIKEL BERKAITAN : Subsidi petrol bersasar pasti bermasalah berbanding BR1M – Najib

Had harga petrol RON95 dihapuskan, tiada lagi subsidi Had harga petrol RON95 dihapuskan, tiada lagi subsidi Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 23, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...