Genting beli Equanimity RM514.4 juta



KUALA LUMPUR 3 April - Kapal mewah Equanimity telah dibeli oleh Genting Malaysia Berhad dengan harga AS$126 juta (RM514.4 juta).

Perkara itu disahkan oleh Ahli Lembaga Peguam Negara hari ini.



“Harga jualan bernilai AS$126 juta itu akan dibayar pada penghujung bulan hadapan.

“Penjualan itu juga menjadi tanda aras tahap pemulihan tertinggi berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dapat diselesaikan dalam jangka masa lapan bulan sejak tindakan ke atas kapal itu diambil,” katanya seperti dipetik portal bahasa Inggeris, The Star Online, hari ini.



Sebelum ini kerajaan menetapkan AS$130 juta sebagai harga jualan minimum kapal itu yang dipercayai telah dibina dengan harga AS$250 juta.

Keghairahan Kerajaan Pakatan Harapan menjadikan Kapal mewah Equanimity itu untuk tujuan politiknya telah membazirkan wang rakyat yang menelan kos sebanyak RM14.5 juta untuk menyelenggara kapal itu dalam tempoh lima bulan yang lepas. - UO/AbuLeman

Genting beli Equanimity RM514.4 juta Genting beli Equanimity RM514.4 juta Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 03, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...