GENIUS: Maszlee, PH gagal faham Permata – Yana Najib



Anak bekas perdana menteri Nooryana Najwa Najib mengkritik langkah kerajaan menukar nama program pendidikan awal kanak-kanak Permata kepada Genius.

Membela program diilhamkan ibunya Rosmah Mansor itu, Nooryana berkata nama baru itu gagal menangkap inti pati Permata yang berteraskan kepercayaan bahawa“setiap anak adalah permata”.


“Secara jujur, (nama) Genius menghina banyak pihak berkepentingan,” kata Nooryana yang menggunakan nama Yana Najib di media sosial Instagram.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik semalam mengumumkan penjenamaan semula Permata dengan beberapa programnya akan dipertingkatkan dari segi kualiti.


Sementara itu, Nooryana berkata Permata bukan hanya terlibat dengan kanak-kanak pintar tetapi juga yang mengalami masalah pembelajaran (Permata Kurnia) serta Perkasa Remaja.

Permata Kurnia menyediakan perkhidmatan intervensi awal dan pendidikan kepada kanak-kanak autisme.


Autisme adalah satu bentuk kecelaruan neurologi yang mengganggu fungsi otak sejak dalam kandungan. Anak autisme biasanya menghadapi masalah dalam perhubungan sosial, komunikasi, emosi, rutin berkaitan minat, tingkah laku dan kecenderungan dalam melakukan sesuatu.

Antara ciri ketara anak autisme termasuk mempunyai masalah pertuturan, literasi dan minat dan kemahiran yang terhad. Mereka memerlukan bimbingan dan sokongan masyarakat selain ahli keluarga untuk menjalani kehidupan normal dan mendepani pelbagai cabaran mahupun kesukaran sepanjang hayat.


Manakala Perkasa Remaja pula adalah program khusus untuk membantu remaja menghadapi cabaran hidup di mana majoriti daripada mereka terdiri daripada remaja bermasalah yang terlibat dalam pelbagai kegiatan yang merosakkan seperti merempit, penagihan dadah, mencuri, merompak, berjudi serta menonton bahan lucah.

Mengikut rekod, ramai daripada mereka berjaya dipulihkan dan telah berjaya diterima untuk melanjutkan pelajaran ke pelbagai institusi seperti IKBN, Giat Mara dan kolej-kolej swasta.


Malah ada juga antara remaja ini telah diterima bekerja di pelbagai sektor seperti sebagai jurulatij di Sekolah Pelita Harapan (OBS), Chef Felda D'Saji, syarikat perkapalan, membuka bengkel motosikal dan sebagainya. - MK/AbuLeman

ARTIKEL BERKAITAN : Maszlee tukar Permata jadi Genius

GENIUS: Maszlee, PH gagal faham Permata – Yana Najib GENIUS: Maszlee, PH gagal faham Permata – Yana Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 16, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...