GAGAL: Pejabat Khazanah London ditutup


Habis janaman sejak PH ambil alih. Rugi, bail-out, jual, tutup. Apa kebaikan setakat ini? Tiada.

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) telah menutup pejabatnya di London bagi memberi fokus kepada pelaburannya di Asia.


Sayap pelaburan kerajaan mempunyai kepentingan dalam syarikat gergasi e-perdagangan China, Alibaba, telah menutup operasinya itu pada akhir bulan lalu, menurut laporan The Sunday Times.

Khazanah mempunyai 10 kakitangan di London.


Penutupan pejabat di London sudah diperkatakan sebelum ini kerana Khazanah mahu mengurangkan kosnya selepas nilai dalam penguasaan syarikat portfolionya merosot disebabkan kelembapan ekonomi global.

Selain London, Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah, Datuk Seri Shahril Ridza Ridzuan juga memaklumkan operai di Turki turut dipertimbangkan untuk ditutup. – MalaysiaGazette

GAGAL: Pejabat Khazanah London ditutup GAGAL: Pejabat Khazanah London ditutup Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 22, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...